Pengalaman berpantang sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah hari ke 36 berpantang.tengah menghitung hari nak berjimba jimba kat luar rumah..Allah, tepu rasa kepala otak tak dapat keluar rumah.pastu meluap luap pulak rasa nak naik keje cepat sebab terasa lama betul pantang kali ni..kahkah.masa anak check jaundis pun suami yang bawak, aku duduk rumah diam-diam,hari first check jaundis je dapat ikut..checkup sebulan baru la dapat keluar itu pun ke klinik je.masa time ammar dulu lepas checkup sebulan aku berjaya jugak bodek suami pergi jusco..haha.kali ni failed!dia dah dapat baca permainan bini dia nak keluar rumah..ciss!

Ok la.sebelum berakhirnya 44hari perintah berkurung, i ols nak share la pengalaman pertama berpantang sendiri..ni bukan tips ek, ni berdasarkan pengalaman aku je..lain orang lain cara berpantang. nak cerita sekarang sebab lepas 44hari i ols nak berjimba-jimba, bila kepam lama sangat takut lupa.maklumlah, lepas beranak ni cepat sangat jadi pelupa.urat banyak putus..haha.

Masa awal-awal tau pregnant lagi, memang dah niat kali ni nak try pantang sendiri.so start dari awal tu la dah set minda, search info dan apa-apa maklumat la yang membantu.baca, baca, baca...

Kena la cari maklumatkan..terutama bab makanan.apa yang boleh makan apa yang tak boleh.resepi-resepi dalam pantang.ni untuk memudahkan kerja suami yang akan turun ke dapur nak memasak nanti la...print siap-siap tampal kat peti ais..haaa semangat aku print untuk panduan suami tapiiii non hadonye dia masak apa yang ada dalam resepi tu..menu aku hari-hari adalah sup sayur dan ikan goreng.hahahaha...tskk! Sedihh mak..tapi takpela, aku takde la nak menyusahkan dia dengan bahan-bahan pelik dalam masakan yang dia tak tau..mana yang mudah je.asalkan perut aku terisi jugak..untung dapat isteri mithali ni..hekhekhekkkk! Lagipun anak aku ada jaundice so benda-benda macam halia, blackpaper dan segala rempah ratus, jamu-jamu perlu di elakkan untuk 2 minggu pertama sebab anak aku menyusu badan..

Hari pertama dengan kedua kat rumah, mak aku datang la tengok-tengok keadaan aku dengan baby macam mana. Tapi mak takde la tido rumah kitorang. Dia berulang je dari sendayan ke kajang..hari ketiga tu mak aku tak datang dah sebab tengok semuanya terkawal, terurus..idak ler dia risau sangat.haha.actly aku yang risau mak aku ulang alik drive sendiri dari sendayan ke kajang.memang la tak jauh tapi kesian la kat mak..dengan umur yang dah nak masuk 60tahun tetap gagahkan diri drive nak melawat anak cucu..lagipun dia tak boleh nak bermalam kat rumah aku sebab rumah mak tengah renovation.so memang tak boleh tinggalkan rumah...giteww.lebiu mak, sanggup bersusah payah untuk anak-anak dari kitorang kecik sampai kitorang pulak beranak pinak :') tskk! Betul orang cakap, lepas kita dah jadi mak.baru kita sendiri paham hati, perasaan dan pengorbanan seorang mak.kalau aku pun sekarang sanggup usaha apa saja untuk anak-anak aku..

Ok.ok..back to the topic..haha.aku ni takde la mengikut gaya berpantang zaman nenek moyang kita dulu.makan minum bercatu.banyak pantang larang, ketat bebenor.aku makan apa yang boleh.well, tak semua sama kan.contoh; ada setengah orang cakap sawi tak boleh makan, macam belah family aku boleh je.gitew la...senang cite aku ikut kaedah moden jela.apa doktor cakap boleh so aku telan je.tu dari segi makanan.haaa dan sebab selagi boleh telan tu la sampai sekarang aku belum mencapai berat badan asal..kahkah.ok, nak nangis! 8kilo lagi wehhh, sapa nak?pm saya segera, free of charge..haha.

Masa ammar dulu, sebulan lepas deliver aku turun 10kilo terus.so tinggal lagi 4-5kilo macam tu la untuk dihapuskan..disebabkan aku menyusukan anak maka lagi cepat la kadar penurunan dan pembakaran segala lemak tepu.malah mencapai berat badan sebelum kawen lagi..hewhew.

Next, kena cari confinement lady.sekarang ni banyak dah pakej-pakej confinement care.sediakan uangnya aja ya buk..ada pakej yang jaga sepanjang tempoh berpantang, siap masak segala.ada pakej untuk massage lepas bersalin je..macam aku, ambik confinement care "Penjagaan Pantang Humaira"..boleh search kat internet.harga pun tak mahal..urutan memang best, boleh request la level urutan tu.nak medium ke, nak kuat sikit ke..bergantung pada tahap ketahanan badan kita la..kalau lemak tebal sangat maka request la urutan yang tough sikit..bab paling best ofkos la bertungku.aku paling suka sesi ni sebab bau wangi jeeeee...lagi satu, mandian herba pun best jugak..fresh je rasa..macam nak berpantang selalu la..okayy, hari ni aku dah cheat sehari.mandi air sejuk..hewhew..cuaca panas membahang, mandi air panas kang keluar je toilet terus berpeluh.lepas tu mula la naik bau tettt...

Dari segi house chores..masa minggu pertama sampai kedua semua suami uruskan a to z..walaupun cara kerja dia tak memenuhi tahap kepuasan aku, aku redha.haha..malah berterima kasih atas effort yang dia tunjuk. Macam kita para isteri kalau basuh baju mesti kirai kirai dulu, cek poket seluar kot ada duit ke.haha..betulkan spender bergulung ke..tapiiii, bila suami take over, dia akan angkat sebakul baju kotor tu terus telangkup dalam mesin.aku rasa mesin basuh tu bekerja keras sebab kain baju yang di letak selalu melebihi kapasiti...tskk.

Kerja dapur pulak.suami akan masak pagi-pagi.segala pinggan mangkuk semua dia akan basuh pagi tu..clearkan sink.tapiii atas dapur, kat dinding dapur tu toksah cita la..haha.berminyak ya amatt..macam kita lepas masak mesti lap segala minyak-minyak yang terpercik tu kannn..its ok, sekali lagi berterima kasih kerana suami bersusah payah masak kan makanan untuk isteri..actly, lepas dia pergi kerja, aku lap la mana yang kotor tu..tskk. dalam pantang ni idak ler aku demand sangat..semua kerja rumah suami buat nak perfect aje..kita sebagi isteri pun tak perfect kan.takde pun suami complain..haha. tu dalam pantang jela, bila time tak pantang suami tolong jugak buat house chores mana yang tak menepati citarasa aku, aku membebel complain lapanploh juta patah perkataan.lepas tu suami tak tolong dah..bila suami malas nak tolong dah kena lagi bebelan telinga berapi, muncung isteri kemain lagi boleh sangkut hanger..haha.sabo jela ye dapat isteri macam ni..

Masuk minggu ketiga, badan aku dh kuat sikit.aku tolong la mana-mana yang termampu.macam lipat baju, basuh baju..suami pulak tolong angkatkan baju yang dalam mesin letak dalam bakul supaya senang aku nak menyidai..weekend aku take over masak.kalau weekday memang suami yang masak pagi-pagi.kerja-kerja yang berat aku tak buat lagi la macam mengemop ke, berus toilet ke..tak berani lagi nak buat.tunggu la sampai betul-betul confidence badan dah kuat..huhu.

So far, alhamdulillah.kitorang suami isteri berjaya menempuh cabaran berpantang sendiri.chewahh dah macam join contest pulak.kahkah. kalau tak cuba tak tau la yang suami kita ni sebenarnya boleh uruskan rumah tangga sendiri. Sejujurnya, terharu jugak la tengok suami bersusah payah bangun pukul 5 pagi, start memasak untuk breakfast, lunch dengan dinner aku, mandikan ammar, siapkan air mandian aku lepastu mandikan anas pulak, dia pulak bersiap pergi kerja.hantar ammar ke taska, balik kerja ambik ammar, siapkan makan minum ammar pulak, layan ammar main sampai la ammar tido..letak air panas dalam beg air panas aku untuk tuam perut (aku tak pakai batu tungku tu, gigih pulak la nak memanaskan) siapkan lagi apa-apa keperluan untuk aku anak beranak.lepastu baru la dia tido..macam tu la rutin suami berminggu-minggu.kesian..hehe.tido pun kemain kuat dengkuran dia.nampak penat sangattt..

Lagi berapa hari dah nak habis pantang ni, banyak kerja yang aku dah take over.dah mandikan anak sendiri..kurang sikit la beban suami..tolong menolong pengerat kasih sayang..ecehhh~

Gitu lah cerita pengalaman aku berpantang sendiri tanpa orang tua di sisi..haha.alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan jayanya..Allah permudahkan urusan bersalin, Allah permudahkan segala urusan dalam tempoh ni..lepas ni bersalin anak ketiga, keempat, kelima dan seterusnya inshaAllah akan berpantang sendiri lagi..hewhew.kemain dah planning anak reramai..haha!



P/S : dear husband, i love u so much.terima kasih atas perhatian yang diberi sepanjanh tempoh ni..