Pengalaman Bersalin #AnasZahrin

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 2 minggu lebih jadi emak kepada 2 anak teruna..giteww. pejam celik dah dua anak aku..tercapai jugak cita-cita nak jadi emak kepada dua anak sebelum three series..kehkeh..

Selamat bersalin pada 6 april 2015, jam 6.23 petang di hospital serdang..meh nak throwback balik...

Gini ceghitanya...

Start dari 1st April tak kerja sebab rasa dah tak larat nak drive, dgn kaki kanan yg makin kebas. Contraction dah ada tapi mild dan tak konsisten sangat.

Tido malam toksah cakap la. Start third trimester memang kau tak kan lena dah.lebih-lebih lagi bila kepala baby dah betul-betul engaged dekat pelviks.tido terlentang kang sakit pinggang, mengiring ke kiri ke kanan terasa betul tulang bergesel-gesel dengan perut berat lagi.. :'D lagi-lagi ada sorang anak teruna yang mengharap perhatian dari kita seolah-olah paham yang dia bakal ada adik tak lama lagi.

Disebabkan faktor-faktor tak cukup tido dan rehat, suami suruh aku cuti awal je.

Masuk tarikh edd 3rd April, pun belum ada tanda nak bersalin.tetap macam dua tiga hari lepas, contraction yang mild je..idak ler sakit sangat pun...

Adik aku la orang yang paling risau.tiap-tiap hari dok whatsapp tanya aku dah ada tanda ke belum nak bersalin..haha! Actly dia jela yang aku boleh harapkan nak jaga ammar kalau tiba-tiba nak terberanak. Mak aku memang tak boleh la nak rushing, buatnya nak terberanak malam ke.memang adik aku la orang yang paling dekat dan senang nak tolong nanti..hewhew..

Sampai la ke hari ahad, belum jugak ada tanda aku nak bersalin..tapi malam ahad tu aku start rasa contraction yang kerap dalam 5-10minit.sakit pinggang jela yang lebih.sakit contraction tu tak rasa sangat pun..malam tu, ammar pulak buat hal.tak bagi aku baring dalam bilik nak rehat.padahal memang tak larat nak duduk lama sebab sakit pinggang..sampai menangis jugak la mintak suami layan ammar.sudahnya suami terpaksa la bawak ammar keluar pegi beli subway dengan kfc utk dinner sebab nak bagi chance aku rehat kejap..

Aku whatsapp adik aku bgtau aku dah rasa lain macam tapi boleh tahan lagi la.aku mintak dia standby letak hp tepi telinga..hahaha..kot-kot tengah malam beranak ke.malam tu lepas makan subway elok pulak dah tak rasa contraction kerap.tido pun lena..

Isnin pagi, rasa balik contraction selang 5-10minit camtu.tapi malas la nak fikir sangat sebab dah tak kisah baby dalam perut ni nak keluar bila..selagi fikir selagi tu la dia tak mau keluar..haha.saje tau nak bagi emak neves.

Actly isnin tu aku ada checkup kat klinik panel kalau tak beranak lagi.so pergi jela mengadap doktor kan..appoinment pagi di tukar ke petang sebab pagi doktor takde.dan kebetulan jugak suami tersalah apply cuti.sepatutnya cuti hari selasa sebab klinik gov nak keluarkan surat refer ke hospital kalau tak beranak jugak..
Ada hikmah jugak dia tersalah apply cuti..hewhew.untuk makluman aku buat checkup dekat 2 klinik pregnant kali ni..

Tengah hari tu aku tetap buat kerja rumah macam biasa.basuh baju, sidai baju..siap boleh basuh toilet lagi..gigih mak kau ni nakk!

Pagi memang tak breakfast.tengah hari pulak memang takde selera aku nak makan nasi..aku mintak suami buatkan megi goreng je.lepas lunch terus gerak ke klinik.sampai klinik, ramai gila hoii patient.sabar jela menunggu sampai ke pukul 4..resah gelisah jugak la sebab aku tak boleh duduk lama.sakit pinggang!

Sampai turn aku, masuk je bilik doktor, dia siap melawak lagi.."eh adik, tak bersalin lagi??" adehhh u_u! Lepas check bp sume aku bagitau la yang aku rasa contraction makin kerap tapi takde la sakit sangat. So doktor cakap nak buat ve memandangkan aku dah terlebih tempoh..check-check je doktor fadz terus cakap (nama doktor tu doktor fadzilah)


Dr. Fadz : "ehhh adik, dah 4cm ni.dah rasa kepala baby..datang sendiri ke dengan husband??

Aku : " haa yeke?patut la lain macam je rasa..nasib baik saya datang dengan husband.."

Dr. Fadz : "ok, adik tunggu kat luar kejap.doktor nak siapkan surat nanti terus pergi hospital ok. Bersalin kat serdang kan?"

Aku : "ye..ok."

Keluar je dari bilik doktor aku macam blur lagi.ehh, dah nak bersalin ke?betul ke ni?haha..macam mimpi pulak.aku terus pergi kat suami yang tengah dodoikan ammar tido.aku bisik kat dia..

Aku : "sayang, kita dah bukak 4cm ni.kena pergi hospital terus.."

Suami : "haa, yeke???jom la cepat..jom, jom..."

Aku : "tunggu jap doktor nak bagi surat refer ke hospital..ammar nanti camne?hari ni hari keje, jap kte tanya amy boleh tak datang serdang.kalau tak boleh nanti sayang call la ayah mintak tolong dia.."

Suami : "takpe, kita call ayah.."

Aku : "ok, kita whatsapp amy jap..try jela sape2 yang boleh sampai kat hospital awal.lagipun takut jalan jam.."


Suami call ayah mertua aku. Aku pulak try whatsapp adik aku. Adik aku nak balik awal tapi aku risau pulak bos dia cakap apa nanti.lagipun dah nak dekat pukul 5, dia balik keje 5.30..dia cakap takpe dia mintak permission balik awal setengah jam, esok dia cover balik lagi setengah jam..aku pun ok jela dah dia cakap macam tu.tapi sempat jugak la aku pesan jangan rushing, lagipun baru bukak 4cm maybe malam kang baru bersalin :D expectation akuuu kemainn tau..

Sampai hospital lebih kurang pukul 5.suami drop aku dekat dewan bersalin.dia pergi cari parking.tau jela hospital serdang, kemahenn payah nak cari parking..lama jugak aku menunggu dia kat luar dewan bersalin tu.dekat setengah jam jugak baru la nampak batang hidung suami dengan anak.

Masuk je kat situ, terus register.sambil-sambil isi borang, mintak suami belikan air nak alas perut.baru la menyesal sebab tengah hari tak makan nasi.ada tenaga ke aku nak push nanti?suami dah bebel patratus patah perkataan sebab dah suruh makan nasi tapi aku yang tak nak..haha.mana tau nak beranak hari tu kannnn?choiii...

Pukul 5.30 nurse paggil masuk kat pac.time tu aku dah tak toleh kiri kanan dah terus masuk kat tempat pac.yang aku dengar suara ammar menangis panggil aku.ya Allah sebak sangat rasa.mula-mula nurse tanya kenapa aku datang.soalan lawak apakahhh??dah tentulah nak beranak..aku cakap la dah bukak 4cm.klinik suruh refer hospital. Then, diorang check bp aku.bp low, dia check lagi sekali..sama jugak.nurse tu tanya aku pening ke.aku jawab la ye.memang tengah pening pun.maybe sebab tak makan kot..

Dia ambik wheelchair, tolak aku kat tempat untuk buat ctg.penuh gila katil..tunggu la kejap dalam 5minit baru dapat tempat.buat ctg pulak, tak sampai 10minit mesin ctg tu berbunyi "beep" (contraction kuat) datang sorang doktor betulkan belt ctg kat perut sebab dia ingat nurse tu pasang tak betul..bunyi "beep" lagi..

Doktor A : "puan sakit ke?"

Aku : "sakit jugak.." (time ni memang dah sakit kotttt)

Doktor A : "ok puan, saya buat ve ye..baru 5cm" (doktor ni panggil lagi sorang doktor untuk confirmkan)

Doktor B : "6cm..puan jangan teran dulu..."

Aku : "ok" (huarghhh...dalam hati tuhan je tau)


Mesin ctg tetap berbunyi "beep" "beep". Datang lagi sorang doktor..


Doktor C : "puan saya buat ve sekali lagi ye.."

Aku : "ok" (ok jela nak cakap apa lagi kan)

Doktor C : "patient katil 6, 8cm dilated...! Call labor room now!! Siapa nama puan?kita panggil husband sekarang.."

Aku : "aqilah"

Doktor C : "panggil husband puan aqilah masuk labor room sekarang..!"


Dalam hati aku, 8cm?? apsal cepat sangat ni??patut la rasa nak meneran sangat.hahaha..

Datang dua orang nurse, tak sempat dah nak suruh aku tukar katil lain.terus dia tolak katil tempat aku baring tu ke labor room.sambil-sambil tu dok remind aku jangan meneran.suruh mengiring ke kiri..dah takde makna aku nak fikir semua tu.haha.aku rasa kepala anak aku macam dah terkepit je kat bawah tu...kahkah.ok tak lawak.time ni dah sakit betul okehh.sakittt! Kat mulut aku dah terkumat kamit doa nabi yunus.itu je yang terlintas dalam otak..

masuk je labor room terus teringat kat ammar..dah sampai ke adik aku or ayah mertua aku nak jaga ammar ni??aku kena bersalin sorang2 ke??lama nau nak tunggu suami aku masuk ni...

Fine!!tak boleh tahan dahhh.suami tak masuk pun takpe..aku terus bagitau nurse aku tak boleh nak tahan lagi ni..haha.yang nurse tu dok tahan2 aku.choiii.mana boleh tahan dah.terus aku push.time tu la baru nampak batang hidung suami..alhamdulillah tiga kali push, legaaaaa! keluar lah sorang lagi zuriat we olss :D

Sorang lagi mujahid, 3.5kg, 50cm, 6.23pm, 6/4/15, fresh from oven

Syukur ya Allah. Bersalin kali ni sangat mudah, tak sempat nak tukar baju spital..sakit tak lama.part paling best masa meneran kena marah dengan nurse sebab terangkat punggung :'( kalau tak tak payah jait katanya.haha.tapi ok la 3 jahitan sajee.nak buat macam mana, dah sakit.apa yang kau prektis ke baca ke semua dah tak ingat dah time tu.yang kau fikir nak budak dalam perut tu keluar dengan segera..haha

Ok.dah legaaa.segala penantian selama 40minggu selesai..syukur di permudahkan. Jangan tanya tips kat aku pulak macam mana nak senang bersalin sebab aku pun tak tau..haha.rezeki masing2. Bak kata ustaz kazim, "akak-akak kalau nak senang bersalin mintak maaf dengan suami, mintak redha suami.kalau suami redha inshaAllah senang bersalin".ceramah aku tgk kat astro oasis beberapa hari sebelum bersalin.pastu selalu suruh suami doakan.Haha. Actly ada la jugak ikhtiar, ambik d'aura vco hasil terpengaruh dengan review pengguna.haha.takpe nama pun ikhtiarkan.tak salah mencuba...Mungkin jugak faktor anak kedua so laluan tu dah ada.sebab tu senang..mungkin laaa...


We ols namakan mujahid baru ni Muhammad Anas Zahrin.Alhamdulillah selesai bertahnik, aqiqah dan cukur rambut hari ke tujuh. Murah rezeki anas, aqiqah dapat sponsor.. anas anak yang senang sangat dijaga.tak banyak ragam.Anas tau kot ammi pantang sendiri sebab tu tak nak susahkan ammi kan..semoga menjadi anak soleh yang menjadi penyejuk hati ammi dan papa, jadi adik yang baik pada abang ammar.inshaAllah :')


p/s : next entry boleh share pasal experience berpantang sendiri..hewhew.