Posts

Showing posts from April, 2015

Pengalaman Bersalin #AnasZahrin

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 2 minggu lebih jadi emak kepada 2 anak teruna..giteww. pejam celik dah dua anak aku..tercapai jugak cita-cita nak jadi emak kepada dua anak sebelum three series..kehkeh..
Selamat bersalin pada 6 april 2015, jam 6.23 petang di hospital serdang..meh nak throwback balik...
Gini ceghitanya...

Start dari 1st April tak kerja sebab rasa dah tak larat nak drive, dgn kaki kanan yg makin kebas. Contraction dah ada tapi mild dan tak konsisten sangat.
Tido malam toksah cakap la. Start third trimester memang kau tak kan lena dah.lebih-lebih lagi bila kepala baby dah betul-betul engaged dekat pelviks.tido terlentang kang sakit pinggang, mengiring ke kiri ke kanan terasa betul tulang bergesel-gesel dengan perut berat lagi.. :'D lagi-lagi ada sorang anak teruna yang mengharap perhatian dari kita seolah-olah paham yang dia bakal ada adik tak lama lagi.
Disebabkan faktor-faktor tak cukup tido dan rehat, suami suruh aku cuti awal je.

Masuk tarikh edd …