keluar lah cepat dik...

Assalamualaikum,

hahaha..title tak boleh blah je kali ni. awal-awal dulu aku dok pujuk adik dalam perut jangan keluar awal, biar ngam-ngam due date tak pun lebih sikit..sekarang ni beriya hari-hari aku pujuk suruh keluar awal. dah tak menahan sakit kekdahnya. T_T

yeww, dah start sakit-sakit ni haa. malam pun tido tak berapa nak lena dah. dapat tido sejam dua pun dah kira bersyukur sangat. sekarang ni pulak dia rajin mengeras tetengah malam. perghh kalau time braxton hicks tu berpeluh-peluh tahu? boleh perah baju aku time tu rasanya..basah kuyup menahan sakit..tido mengiring ke kiri tak kena, ke kanan apatah lagi.sebab dia memberat sebelah kanan. pulak tu otot-otot dengan tulang-tulang aku ni semua rasa macam dah longgar. berpusing sikit kang berderap-derup bunyi tulang.

check up hari tu pun baby dah engaged dekat laluan, scan pun dah tak nampak muka dia sebab dah mengadap ke belakang. betul-betul engaged dah doktor cakap, tinggal ready tak ready je dia nak keluar. sakit-sakit pun gigih jugak la aku berjalan kehulu kehilir. ahad lepas bawak ammar tengok belon panas kat putrajaya tu. saje suruh suami parking jauh. biar berjalan jauh sikit, lepas tu merayap pulak ke ioi, lepas tu bawak ammar pergi swimming pulak. kot-kot la baby dalam perut bagi hint nak keluar minggu ni ke..hahaha..non hadoo nye. dia bersuka ria lagi dalam perut dok mengeras-ngeras. yelahh nak berpusing dah tak boleh.. awak tu dah memenuhi ruang dik oii..kalau nak tergolek terlentang, meh la keluar awal. haha.

pergi kerja pun macam dah takde tenaga dah. tido tak cukup kann..betul la orang cakap, lain anak lain ragam dia. pregnant kali ni beza macam first time. first time preggy sampai deliver pun aku semangat lagi nak kerja. drive kehulu kehilir pun mampu lagi. yang second ni, nak tekan clutch pun rasa macam takde tenaga..apakah?? tu orang cakap kalau nak beranak, biar time muda..nyesal tak kawen awal.. :p boleh beranak setahun sorang, lepas umur 30 tahun tinggal nak membesarkan anak-anak je..haha..

tak pe la adik, lama mana nak duduk dalam perut duduk lah..emak redha kalau adik tak nak keluar lagi. seronok agaknya kat dalam perut emak kan..nanti dah keluar rasa macam nak masuk kan adik balik dalam perut sebab rindu nak rasa kena kick..hehe. tapi kalau agak-agak dah ready kita nak berjumpa tu, jangan lupa bagi hint dulu okey...



p/s : 2 weeks plus minus..