counting

Assalamualaikum,

eh, kejap je dah hujung bulan dua.. kejap je lagi dah anak dua pulak..

wuuu makin nebesss pulak. semoga semuanya berjalan lancar nanti. mula-mula susah hati sebab baby breech, walaupun doktor cakap untuk anak kedua dan seterusnya memang normal kalau baby lambat engaged sebab kat dalam tu dah banyak ruang untuk dia tunggang terbalik buat gimnastik -_-! merisaukan emak betul tau adik baby ni. masa tau breech tu lepas scan 32-33weeks tak silap. 


mana la tak risau, walaupun doktor cakap normal, dah kenapa dia pegi tulis "breech position" dalam rekod checkup tu. (nangiss) . lepas tu siap pesan kalau 36weeks tak engaged jugak, silalahhh refer ke pakar. gila tak meroyan emak kau ni. dok terbayang buat ECV yang menyakitkan tu, sape yang tak tau ECV tu macam mana, sila google atau search youtube sekarang! doktor uli-uli perut nak pusingkan anak kau yang menyonsang dalam tu..ohhh tidakk! 


alhamdulillah, checkup isnin lepas baby dah engaged ke laluan dia, mungkin berkat berjalan, mendaki masa dekat bukit tinggi hari tu..haha. doktor pun pesan dah boleh prepare apa yang patut. nak kata legaaa sangat tu tidak la. first experience aku agak mencabar jugak, sebab laluan lambat bukak. kira aku ni jenis susah jugak la nak bersalin. berhari-hari duduk spital. harap-harap kali ni dipermudahkan semuanya. tak kisahlah bersalin cara macam mana pun, yang penting selamat.


dah lepas susah hati bab baby breech, datang pulak susah hati nak berjauhan dengan anak sulong aku sorang ni. dari dalam perut sampai saat ni belum pernah berjauhan tahu?? belum pernah dia tak tido bawah ketiak emak yang wangi ni. macam mana la dia nak tido malam kalau tak bau ketiak emak.. wuuwuu T_T sedihh. first time nak berjauhan. harap-harap tak lama la aku tinggalkan dia nanti..harap-harapppp... (nangisss) harap-harap masa warded nanti ammar tak banyak ragam la duduk dengan atok, harap-harap ammar baik-baik je masa ammi takde T_T sobsobss.. awal-awal dah prepare mental fizikal, tapi entah la......



sisi gemok on my 34weeks++ pregnancy, eh takde la gemok sangat.haha, positif, positif :D


gender baby dah cite ke belum eh?? masa masuk empat bulan dah tau dah. doktor cakap belum rezeki nampaknya emak nak sarungkan dress, skirt ropol-ropol, headband bunga setepek besa kat anak..haha. kemain tau doktor ni. inshaAllah sorang lagi hero dalam family kecik kami. bakal cucu ketujuh sebelah family aku, inshaAllah bulan sembilan nanti bertambah sorang lagi, turn adik aku pulak. hopefully gegurl la sebab sebelah aku kekurangan kaum wanita sebagai pelapis. kalau ada anak dara senang, nanti time gathering family boleh kerah basuh pinggan..hahaha ~ in law side pun setakat ni lelaki masih menjuarai carta..tiga-tiga cucu mak dan ayah mertua lelaki jugakkk..ekeke~



p/s : dupdapdupdap tunggu masa..35weeks sudah, 5weeks plus minus to go.harap-harap adik baby bagi hint dulu sebelum keluar.