Posts

Showing posts from February, 2015

counting

Image
Assalamualaikum,
eh, kejap je dah hujung bulan dua.. kejap je lagi dah anak dua pulak..
wuuu makin nebesss pulak. semoga semuanya berjalan lancar nanti. mula-mula susah hati sebab baby breech, walaupun doktor cakap untuk anak kedua dan seterusnya memang normal kalau baby lambat engaged sebab kat dalam tu dah banyak ruang untuk dia tunggang terbalik buat gimnastik -_-! merisaukan emak betul tau adik baby ni. masa tau breech tu lepas scan 32-33weeks tak silap. 

mana la tak risau, walaupun doktor cakap normal, dah kenapa dia pegi tulis "breech position" dalam rekod checkup tu. (nangiss) . lepas tu siap pesan kalau 36weeks tak engaged jugak, silalahhh refer ke pakar. gila tak meroyan emak kau ni. dok terbayang buat ECV yang menyakitkan tu, sape yang tak tau ECV tu macam mana, sila google atau search youtube sekarang! doktor uli-uli perut nak pusingkan anak kau yang menyonsang dalam tu..ohhh tidakk! 

alhamdulillah, checkup isnin lepas baby dah engaged ke laluan dia, mungkin berk…