Posts

Showing posts from 2015

Pentingnya atur waktu tidur anak!

Assalamualaikum..
Lepas sebulan memulakan tugas, menjadi seorang ibu bekerjaya..ada masa lagi ke nak berblog??
Haha! mesti la ada..tapi jarang la kan..masuk-masuk kerja dapat bos baru lagi. belajar sesuaikan diri dengan cara kerja bos baru. nasib baik la dapat bos semua baik-baik belaka. hewhew.
Hari ni rasa macam nak share pasal waktu tidur anak. kenapa aku cakap penting? penting pada aku la, memang sangat, sangat penting! orang lain aku tak tau la penting ke idokk nak set timing anak tido..
Penting supaya; aku boleh memasak/buat housechores yang lainaku ada masa yang berkualiti jugak untuk berehat/tidur/menguruskan diri 
Dulu sebelum ada anak, aku selalu jugak dengar keluhan mak-mak lain pasal anak susah nak tido malam la, tak tido siang la. so, mak-mak ni terkejar-kejar nak buat macam-macam benda kat rumah. nak berak pun tak sempat hoii, anak dok meraung berpaut kat kaki tak bagi pergi jamban. apa kess??
Masa dapat ammar dulu, aku berpantang kat rumah family. anak first kata kan, s…

Bahagi kasih..

Image
Assalamualaikum..

Tengah duduk-duduk termenung memikirkan esok sahur nak masak apa ni..haha. teringat masa disahkan pregnant kali kedua yakni mengandungkan si anas.sebab masa puasa tahun lepas sebenarnya dah mengandung tapi tak tau.emak nak fefeeling throwback kejap pepetang ni..
Masa bulan puasa tahun lepas ada jugak la tinggal puasa sebab period..sesiapa yang rajin follow baca blog aku tau la yang aku tak period dekat setahun lebih lepas bersalinkan ammar.kiranya tahun lepas aku datang period lebih kurang 2-3 kali je sebelum aku pregnant balik.memang tak expect langsung kot pregnant..lagipun secara jujurnya aku mengaku waktu tu belum ready lagi nak menambah cahaya mata.ye!aku terlalu obses dengan goal untuk complete kan penyusuan ammar selama dua tahun. Tapi perancangan kita tak dapat menandingi perancangan Allah. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah..kena ingat tu sampai bila-bila.
Sampai la lepas raya.aku dok renyah gila kot.pergi panjat bukit ladang teh la, terloncat sana sini…

Ramadhan & Penyusuan #tahunke3

Image
Assalamualaikum..
Ramadhan & Penyusuan..kalau sesiapa yang sudi baca blog aku ni, mesti tau kan setiap tahun, lepas ada anak la. Aku selalu cerita pasal penyusuan dalam bulan puasa.
Alhamdulillah, tahun ni tahun ketiga masih meneruskan rutin menyusukan anak di bulan puasa. InshaAllah kalau di izinkan Allah dapat la puasa penuh lagi tahun ni macam tahun-tahun sudah. 2012, dapat puasa penuh sebab pregnant kan ammar, 2013 dapat lagi puasa penuh sebab menyusukan ammar (tak period selama setahun lebih), 2014 tak dapat penuh sebab period tapi tak tau masa tu pregnantkan anas rupanya..hewhew, 2015 kalau tak ada halangan dan diberi kesihatan yang baik InshaAllah penuh.. :D
Ada beza puasa sambil breastfeed kali ni..kalau dulu, masa bulan puasa ammar dah 7 bulan dan dah start makan solid food. Lagipun tak terasa sangat sebab siang ammar dekat taska so takde direct feed. Cuma aktiviti mengepam kat ofis je. Bagi aku directfeed buat kita lagi cepat lapar, haus, penat segala dari kita mengepam…

Pengalaman berpantang sendiri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah hari ke 36 berpantang.tengah menghitung hari nak berjimba jimba kat luar rumah..Allah, tepu rasa kepala otak tak dapat keluar rumah.pastu meluap luap pulak rasa nak naik keje cepat sebab terasa lama betul pantang kali ni..kahkah.masa anak check jaundis pun suami yang bawak, aku duduk rumah diam-diam,hari first check jaundis je dapat ikut..checkup sebulan baru la dapat keluar itu pun ke klinik je.masa time ammar dulu lepas checkup sebulan aku berjaya jugak bodek suami pergi jusco..haha.kali ni failed!dia dah dapat baca permainan bini dia nak keluar rumah..ciss!
Ok la.sebelum berakhirnya 44hari perintah berkurung, i ols nak share la pengalaman pertama berpantang sendiri..ni bukan tips ek, ni berdasarkan pengalaman aku je..lain orang lain cara berpantang. nak cerita sekarang sebab lepas 44hari i ols nak berjimba-jimba, bila kepam lama sangat takut lupa.maklumlah, lepas beranak ni cepat sangat jadi pelupa.urat banyak putus..haha.
Masa awal-awal tau preg…

Pengalaman Bersalin #AnasZahrin

Image
Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 2 minggu lebih jadi emak kepada 2 anak teruna..giteww. pejam celik dah dua anak aku..tercapai jugak cita-cita nak jadi emak kepada dua anak sebelum three series..kehkeh..
Selamat bersalin pada 6 april 2015, jam 6.23 petang di hospital serdang..meh nak throwback balik...
Gini ceghitanya...

Start dari 1st April tak kerja sebab rasa dah tak larat nak drive, dgn kaki kanan yg makin kebas. Contraction dah ada tapi mild dan tak konsisten sangat.
Tido malam toksah cakap la. Start third trimester memang kau tak kan lena dah.lebih-lebih lagi bila kepala baby dah betul-betul engaged dekat pelviks.tido terlentang kang sakit pinggang, mengiring ke kiri ke kanan terasa betul tulang bergesel-gesel dengan perut berat lagi.. :'D lagi-lagi ada sorang anak teruna yang mengharap perhatian dari kita seolah-olah paham yang dia bakal ada adik tak lama lagi.
Disebabkan faktor-faktor tak cukup tido dan rehat, suami suruh aku cuti awal je.

Masuk tarikh edd …

keluar lah cepat dik...

Assalamualaikum,
hahaha..title tak boleh blah je kali ni. awal-awal dulu aku dok pujuk adik dalam perut jangan keluar awal, biar ngam-ngam due date tak pun lebih sikit..sekarang ni beriya hari-hari aku pujuk suruh keluar awal. dah tak menahan sakit kekdahnya. T_T
yeww, dah start sakit-sakit ni haa. malam pun tido tak berapa nak lena dah. dapat tido sejam dua pun dah kira bersyukur sangat. sekarang ni pulak dia rajin mengeras tetengah malam. perghh kalau time braxton hicks tu berpeluh-peluh tahu? boleh perah baju aku time tu rasanya..basah kuyup menahan sakit..tido mengiring ke kiri tak kena, ke kanan apatah lagi.sebab dia memberat sebelah kanan. pulak tu otot-otot dengan tulang-tulang aku ni semua rasa macam dah longgar. berpusing sikit kang berderap-derup bunyi tulang.
check up hari tu pun baby dah engaged dekat laluan, scan pun dah tak nampak muka dia sebab dah mengadap ke belakang. betul-betul engaged dah doktor cakap, tinggal ready tak ready je dia nak keluar. sakit-sakit pun gig…

counting

Image
Assalamualaikum,
eh, kejap je dah hujung bulan dua.. kejap je lagi dah anak dua pulak..
wuuu makin nebesss pulak. semoga semuanya berjalan lancar nanti. mula-mula susah hati sebab baby breech, walaupun doktor cakap untuk anak kedua dan seterusnya memang normal kalau baby lambat engaged sebab kat dalam tu dah banyak ruang untuk dia tunggang terbalik buat gimnastik -_-! merisaukan emak betul tau adik baby ni. masa tau breech tu lepas scan 32-33weeks tak silap. 

mana la tak risau, walaupun doktor cakap normal, dah kenapa dia pegi tulis "breech position" dalam rekod checkup tu. (nangiss) . lepas tu siap pesan kalau 36weeks tak engaged jugak, silalahhh refer ke pakar. gila tak meroyan emak kau ni. dok terbayang buat ECV yang menyakitkan tu, sape yang tak tau ECV tu macam mana, sila google atau search youtube sekarang! doktor uli-uli perut nak pusingkan anak kau yang menyonsang dalam tu..ohhh tidakk! 

alhamdulillah, checkup isnin lepas baby dah engaged ke laluan dia, mungkin berk…