pengalaman bersalin

nakkk jugak cerita pasal pengalaman bersalin. hihihi..inilah detik-detik paling terindah sekali dalam hidup, first time pulak tu. mesti la nak ingat sampai hujung nyawa. kalau ammar dah besar nanti boleh baca blog mommy yeww ;p

kalau ikut tarikh jangkaan doktor, due date saya 11/12/12 awal berapa hari je. kesian suami berharap sangat anak lahir sama birthday dengan dia..hehehe ~

pengalaman saya ni kira advanture jugak la. mana taknya, kawan-kawan yang lebih kurang sama due date, senang je bersalin, turun tanda tak sampai sehari terus beranak. saya?? sampai empat hari tiga malam checkin kat hospital. first time jugak merasa masuk wad, tido lama-lama kat hospital -__-!

cerita bermula pada......(flashback) hewhewhew :D

6 Disember 2012 (Khamis)

6.00 pagi : suami kejut suruh siap nak pegi ofis (err memang suami yang selalu kejut pon, hikhik). bangun je terus rasa macam nak ter"cherryberry". sakit perut memulas-mulas. bagitau suami, beliau cadangkan supaya ambik mc je hari tu lagipon beliau tengah berkursus kat putrajaya, so tengah hari beliau janji untuk bawak ke klinik. okey! saya pon setuju. lepas suami pergi kerja, solat, sambung tido balik...

8.00 pagi : sms kak ros mintak tolong bagitau kat cc (cc takde henpong) saya nak ambik mc sebab "cherryberry". bangun. kemudian pergi ke toilet nak melepaskan hajat. perasan ada bleeding. sikit je tak banyak pon. tapi hati dah tak tentu arah, asyik terpikir "saya ni dah nak beranak ke" (pikir sampai lapanplohpat kali tanpa henti) sebab lebih kurang seminggu tu contraction dah makin kerap walaupon tak kuat mana.

8.15 pagi :  sms kak ros lagi tanya sama ada bleeding tu tanda nak bersalin ke?? malas nak sms semua ahli keluarga takut nanti ada yang telefon ambulans ;p (tak pasal-pasal) kak ros call bagitau bleeding tu memang tanda nak bersalin cuma tak tau cepat ke lambat proses tu, kak ros suruh telefon suami dengan kadar segera!

8.20 pagi : call suami. "sayang, tadi kita check masa nak buang air ada bleeding sikit la. sikit je tak banyak.." (sedapkan hati sendiri)...suami dengan nada panik "haaahhhh!!! yeke????? kita balik sekarang...." (kemain panik padahal aku bagitau dengan perasaan cool je ;p) "ehhh, tak payah, tak payah..habiskan dulu kursus tu. sampai tengah hari je kan?? nanti tengah hari sayang balik, kita pergi klinik ye..." ( sedapkan hati sendiri lagi dan jugak suami)..."okey, okey..apa-apa cepat call kita tau. henpon tu pegang je kat tangan, jangan buat kerja rumah, tido je.." (pesan suami lagi). "baiklahhh...." (akur arahan suami)

8.30 pagi : rasa contraction makin kerap, selang 10 minit. tak kuat tapi menyakitkan. tak boleh tido dah. terus pergi dapur cari makanan. sempat melantak roti pratha 3 keping, milo ais gelas besar, ais krim coklat dua cawan beserta beberapa buku roti coklat kegemaran (risau kalau betul nak bersalin dah nanti tak dapat makan aiskrim ;p)

9.00 pagi : tengok tv tapi hati dan perasaan dah kelain. hilang fokus tengok tv! neves punya pasal...

9.15 pagi : pergi toilet, check. still ada bleeding. tak banyak, sikit je macam pagi tadi. makin tak keruan. terus paksa diri untuk tido..Zzzzzzz (sampai la ke tengah hari)

1.30 t/hari : suami balik, kejut dari tido ajak pergi klinik. siap-siap......

2.30 petang : gerak pergi klinik yang selalu checkup. sampai klinik terus maklumkan pada nurse. special case tak payah tunggu lama-lama terus dapat jumpa doktor :) time ni doktor nak check bukaan (kene seluk la -__-") baru dua cm tapi doktor buat surat mintak terus refer ke hospital yang aku nak bersalin nanti. makin tak berperasaan aku dibuatnya! keluar dari bilik doktor dengan muka blank terus maklumkan pada suami kena terus pergi hospital u__u

3.15 petang : terus balik kolumpo sebab nak bersalin kat hkl. sempat angkut beg yang nak bawak ke hospital je. 

4.30 petang : sampai hkl, terus pergi ke bahagian PAC. register dan checkup lagi sekali. kali ni memang menyakitkan. sampai tiga doktor check bukaan serviks, mula rasa nak nangis T_T sakit kotttt. bukaan masih lagi dua cm tapi doktor suruh masuk wad jugak. okey, menurut perintah! terus maklumkan pada emak dan adik beradik yang lain. emak sempat bagi nasihat enam, tujuh perenggan kalau buat karangan.

6.30 petang : selesai semua pendaftaran, nurse bawak masuk wad. tukar baju, terus pergi ke bahagian untuk check jantung baby. alhamdulillah, graf jantung baby sangat memberansangkan. suami keluar pergi beli makanan.

8.00 malam : tunggu suami ambik barang-barang yang patut. lepas tu menikmati makan malam dengan suami kat wad -__-' (romantik la kononnn)

9.00 malam : suami mintak diri nak balik. sobs, sobs T_T tinggal sorang-sorang bermalam kat wad. tido bertemankan ketakutan sebab katil sebelah kosong. tak pernah-pernah masuk wad. tiba-tiba terpikir pasal cerita suster ngesot walaupon tak pernah tengok tapi tau cerita tersebut adalah cerita hantu kat hospital u__u (hahahaaa...sempat lagi) paksa diri untuk tido walaupon contraction makin kerap :'(


7 Disember 2012 (Jumaat)

4.00 pagi : nurse kejut nak check tekanan darah dan jantung baby. lepas tu sambung tido balik..

8.00 pagi : doktor datang check. terus di arah pergi ke bahagian pemeriksaan. dah tau dah, ni mesti nak cek bukaan lagi T_T paling benci procedure ni. serius! doktor cek bukaan baru tiga cm. kemain lambat lagi "jalan" ni nak bukak. doktor bagi tau akan datang check lagi petang nanti. sambung tido sebab suami dapat datang lepas solat jumaat. punya la boring :( terus telefon emak suruh datang hantar macam-macam..hihihi

1.30 t/hari : mak datang bawak apa yang dah di order tadi tapi tak boleh lama-lama sebab mak kena masuk ofis semula..jadi laaa dapat tengok muka emak kejap :) emak janji nak datang petang nanti dengan kak ngah dan buah hati kesayangan, amsyar......

3.00 petang : doktor datang check sekali lagi..dah buka empat cm, terus di arahkan masuk ke labor room. makin neves sebab suami belum sampai. call suami cepat-cepat bagitau dah nak kena masuk labor room.

4.00 petang : suami sampai. masih lagi kat wad tunggu giliran nak di bawa ke labor room. lama sangat nak menunggu ~ -__-

6.30 petang : nurse datang nak bawak ke labor room. kebetulan emak pon sampai dengan kak ngah. rasa sayu je tiba-tiba :(

6.45 petang : bagitau nurse, rasa macam nak buang air besar. tapi tak dibenarkan sebab takut terberanak pulak nanti. haishhh, risau pulak time meneran nak beranak kang terkeluar sekali dengan sisa-sisa pepejal T_T pasrah!

7.00 malam : di tolak ke labor room. emak, k.ngah, amsyar, suami semua ikut sampai ke pintu labor room. tapi tak boleh la nak masuk. suami pon dapat masuk tigaploh minit kemudian. dalam labor room, doktor check tekanan darah, jantung baby dan bukaan serviks. masih lagi empat cm..haishhhh ~ lepas dah check semua, diorang pecahkan air ketuban. dah tau dah lepas ni mesti akan rasa contraction yang digeruni semua ibu-ibu mengandung u__u

8.00 malam : suami masuk temankan.

8.15 malam : doktor masuk bagitau kemungkinan baby dah berak dalam perut sebab air ketuban macam kotor sikit. tapi jantung baby still okey tak ada masalah. disebabkan tu, doktor terpaksa masukan ubat untuk  cepatkan proses bersalin. buat-buat cool walaupon rasa nak menangis. suami tenangkan...... sementara tak berapa sakit, sempat lagi main game ular dalam henpon suami dan sempat jugak bergelak ketawa mengekek-ngekek dalam labor room. kemain lagi aku ~

9.30 malam : contraction dah mula menyerang dengan lebih kerap. kejap baring mengiring ke kanan, kejap ke kiri, kejap terlentang tapi semuanya tak dapat hilangkan sakit contraction itewww -__-' nurse offer epidura dan ubat tahan sakit yang biasa. aku tolak sebab rasa diri masih mampu bertahan! suami bagi semangat lagi.

10.00 malam : makin sakit. mulut dah terkumat kamit berzikir, baca segala surah yang dihafal. suami genggam tangan kuat-kuat sambil berzikir kat telinga aku. :') nurse datang, offer lagi ubat tahan sakit.aku tolak dengan alasan yang sama iaitu masih mampu bertahan! berlagaknye la haiii ~ suami suruh lelapkan mata, tapi macam mana nak tido kalau dah sakit -__-! suami mintak izin nak keluar cari makanan sebab beliau taka makan dari siang. kesian suami. maka duduk lah keseorangan menanti doktor yang bakal tiba untuk cek bukaan.

11.30 malam : doktor datang cek bukaan, doktor maklumkan masih empat cm. makin tak keruan di buatnya. sakit kemain lagi tapi jalan tetap tak bukak. doktor bagitau akan datang balik pukul 3.30 pagi nanti untuk decide sama ada perlur caesar atau sebaliknya.panggil nurse, giveup dan mintak ubat tahan sakit tapi bukan epidura, ubat tahan sakit yang biasa je. tak sanggup rasanya nak cucuk-cucuk kat tulang belakang ni, baik cucuk kat punggung je. sakit contraction tu bukan boleh hilang pon.

11.45 malam : suami masuk balik dalam labor room, nampak sangat muka kenyang dan bertenaga :D aku dah mamai kesan ubat tahan sakit tu. mintak izin suami nak tido...


8 Disember 2012 (Sabtu)

1.00 pagi : contraction yang makin menyakitkan. sungguh!!! mintak suami panggilkan nurse. nurse datang dan cek bukaan, baru enam cm u__u dengan mata terpejam, paksa diri untuk bertahan. time ni dah mengucap tak henti-henti T_T

1.30 pagi : dah tak mampu bertahan. memang rasa nak meneran sangat-sangat dah. suruh suami panggil nurse. suami mintak bersabar..haishhh, mane boleh sabar dah, terus jerit panggil nurse bagitau memang rasa nak terberanak dah. nurse cepat-cepat datang check bukaan, masih lagi enam cm T_T time ni aku memang dah meneran sangat-sangat sampai dah nampak kepala baby nak terkeluar. suami kat sisi bagi support sepenuhnya!! semangat giteww, hahaha..

2.15 pagi : waktu kemuncak, akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki. nurse letak atas dada, time ni memang saat-saat yang paling terindah dalam hidup. hilang segala sakit..serius tak tipu! subhanallah :') nampak air mata suami menitis, tanpa segan silu depan bidan-bidan yang ada terus dapat kucupan kat dahi dari suami..hewhewhew. tindakan spontan la~

2.30 pagi : sesi menjait bermula. sebenarnya ternampak nurse tu gunting kat bahagian bawah. cuma tak tau besar mana, yela baru enam cm dah terberanak..ngeri jugak kalau pikir ;p

3.30 pagi : selesai sesi menjahit. punya la lama -__-' terus di tolak masuk ke wad. suami azankan anak dan teman kat dalam wad sampai ke subuh sebelum beliau mintak diri nak balik ke rumah. kesian suami, penat sangat.

8.00 pagi : doktor datang check. masih lagi mamai kesan ubat tahan sakit tu. doktor mintak nurse bawak ke toilet sebab pundi kencing dah penuh. di suruh buang air u__u nurse hantar sampai ke pintu toilet, selesai melepaskan hajat keluar dari toilet terus rebah tak sedarkan diri. nasib ada beberapa nurse yang perasan dan sempat sambut T_T wuuuuu...tipis harapan nak discharge hari tersebut. anak dah berak, emak pulak yang bermasalah.

9.00 pagi : dah stabil sikit, terus call suami tapi tak berjawab. suami lupa nak tukar mode henpon la tu..takpela beliau tak tido semalaman, mesti letih.alternatif lain call emak, terus emak bergegas ke hospital walaupon belum waktu melawat lagi :') doktor datang nak ambik darah untuk kenalpasti masalah aku. dua kali cucuk, dua-dua darah tak keluar. last-last berpindah ke tangan sebelah -__-' emak mampu tengok dari jauh je. tak sanggup agaknya.

12.00 t/hari : emak datang balik bawak kak ngah dan amsyar, time ni meriah sikit sebab mak mertua semua datang melawat. keadaan aku tak berapa ok lagi sebab kesan ubat tahan sakit tu.

malam : tido bertemankan buah hati yang baru :') menanti perkhabaran gembira dari doktor untuk benarkan discharge esok.


9 Disember 2012 (Ahad)

8.00 pagi : doktor datang bagitau aku tak ada masalah dan boleh discharge hari tersebut. rasa nak melompat je. pitam tu mungkin sebab kurang tenaga akibat tak makan.

11.00 pagi : yeayyyy. home sweet home!




p/s :  panjang gila entry ni. setiap orang punya pengalaman yang berbeza. ada yang senang bersalin, ada yang liat sikit la, macam aku,hihihi. tapi alhamdulillah semuanya selamat, masih lagi terasa macam mimpi dah ada anak :')