3D Scan


video

subhanallah, syukur alhamdulillah bila dapat tengok anugerah Allah yang dibawa ke hulu ke hilir hampir sembilan bulan :') kejap je. plus minus, sebulan lagi si kecik ni nak menjengah dunia. perasaan aku pulak dah tentu la teruja, takut, berdebar-debar. buatnya nak terberanak time kerja, haru jugak. suami kerja kat kl family pon kat kl. aku sensorang kat bangi. siapa nak hantar pegi spital bila dah turun tanda???

cuti awal?? memang tak la. banyak lagi benda yang nak diselesaikan sebelum cuti bersalin. bukan senang nak serahkan tugas pada orang lain. bak kata bos, orang lain mungkin tak tau apa kerja aku (ayat bos nak selesaikan konflik staf, harharhar) kalau dah selesai semua kerja aku rasanya baru aman kot aku nak berpantang nanti -__-

dari segi persiapan nak bawak ke spital pon aku tak prepare lagi. cane?? selalu aku tengok orang lain masuk tujuh bulan je dah eksaited kemain packing baju segala. aku?? dah masuk 8bln++ ni pon mood nak packing barang belum sampai lagi, macam belum bersedia nak bersalin pon ada. huhuhu~ baby sila bagi hint dulu sebelum nak keluar ye ;p

tapi setelah dibebel suami supaya siapkan barang-barang penting nak bawak ke hospital, baru la terkedek-kedek aku buat. itu pon ambik masa berhari-hari nak mengemas barang-barang yang nak kena bawak. tu baru barang aku, baju-baju baby semua belum basuh :D ikutkan hati biar mesin basuh yang menjalankan tugas..huhuhu~ tapi orang cakap baju baby tak sesuai masuk mesin. tengok la minggu ni kot-kot rajin nak celup-celup :D nasib la dapat mak pemalas macam ni ye...

semalam, pergi lagi klinik untuk checkup. selagi tak beranak selagi tu la menjadi pengunjung setia klinik. checkup sebelum ni doktor ada detect gula dalam urine tapi bila buat BSP (blood sugar profile) ok pulak. BSP tu yang cucuk sikit kat jari lepas tu darah tu letak kat satu alat untuk monitor tahap glucose dalam darah. dua kali buat dua kali bacaan dia normal. so kira normal la kan..

ingatkan checkup semalam dah takde gula dalam urine. oh tidakk! buat kali kedua doktor detect gula dalam dalam urine, huhh kali ni bukan gula je, infection pon ada -__- wuuuuu! terus di arahkan untuk buat MGTT hari ni walaupon bacaan BSP semalam menunjukkan aku belum lagi tergolong dalam pesakit diabetes dikalangan ibu mengandung. mintak dijauhkan ~

hopefully memang takde masalah apa-apa -__-! tinggal sebulan je lagi.......