9 month

erkkk, macam tak percaya je dah hampir masuk ke sembilan bulan. dupdapdupdap (kemain kuat bunyi jantung)

bakal mommies yang lain time-time macam ni dah bersenang lenang pikir nak beranak je. aku time-time macam ni tak pikir nak beranak lagi, yang aku dok pikir minggu depan ada kursus, minggu depan jugak ada program kerjaya student, minggu lagi satu ada seminar untuk student dan jugak pensyarah, bulan depan pulak ada lagi program kerja student T_T lepas tu nak menyiapkan laporan semua aktiviti yang dah dijalankan. memang tak ada masa nak pikir pasal beranak.

huhh, orang lain cakap pasal kita tak ada kerja. duit gaji kita ni pon dipertikaikan halal ke haram.tapiii, peduli apa aku, manusia mana yang berhak nak menentukan hukum halal ke haram! Allah yang tau apa yang kita buat, kannn~ jadi serahkan semuanya kepada Allah :) #hadapidengansenyuman

hari ni, diwaktu lunch ni disebabkan tak keluar ke mana-mana barulah ringan tangan nak mengoogle checklist barang-barang nak dibawak ke hospital nanti. actly, patutnya dah ready dari 7bulan hari tu simpan dalam kereta siap-siap. biasalah aku, ikut naluri sendiri. rasa-rasa macam lambat lagi je baby nak keluar maka lambat jugaklah persiapan dilakukan, hewhewhew :)

jom kita check, check, check it out (kot-kot ada yang terkurang, boleh la tolong ingatkan) :-

untuk mommy
  • blouse butang depan 2/3 helai
  • kain batik 1/2 helai 
  • stokin
  • bra + breast pad secukupnya
  • underwear secukupnya -  ada yang cakap beli yg pakai buang punya je
  • maternity pad
  • selipar jamban
  • towel
  • toiletries - yang penting aje tak payah la bawak sampai scrub badan segala -__-
  • barang sampingan macam majalah/snek untuk menghilangkan boring di masa lapang
  • handphone dan charger
untuk daddy
  • camera/video camera kot2 nak rakam gambar anak lepas lahir
  • surah yassin/majalah/snek/gadget untuk hilangkan boring
  • handphone/ipad/tab - senang terus upload gamba anak :D
untuk baby
  • 2/3 helai baju baby - bawak lebih pon takpe kot
  • mitten + booties + baby cap
  • towel
  • toiletries baby
  • napkin secukupnya
  • selimut baby/kain bedung
  • diapers secukupnya
errr, ni je kan yang kena bawak?? iye la kot. ada setengah orang suruh bawak botol susu, ada yang kata kalau nak kena marah sila la bawak..entah, agaknya ikut hospital la kot. yang tu tak pe la tak penting pon. susu asli kan ada..wahahaaa :D okey, balik ni dah boleh kemas-kemas apa yang patut!


p/s : cuti minggu ni di manfaatkan sepenuhnya untuk basuh segala baju baby :)