Posts

Showing posts from November, 2012

9 month

erkkk, macam tak percaya je dah hampir masuk ke sembilan bulan. dupdapdupdap (kemain kuat bunyi jantung)
bakal mommies yang lain time-time macam ni dah bersenang lenang pikir nak beranak je. aku time-time macam ni tak pikir nak beranak lagi, yang aku dok pikir minggu depan ada kursus, minggu depan jugak ada program kerjaya student, minggu lagi satu ada seminar untuk student dan jugak pensyarah, bulan depan pulak ada lagi program kerja student T_T lepas tu nak menyiapkan laporan semua aktiviti yang dah dijalankan. memang tak ada masa nak pikir pasal beranak.
huhh, orang lain cakap pasal kita tak ada kerja. duit gaji kita ni pon dipertikaikan halal ke haram.tapiii, peduli apa aku, manusia mana yang berhak nak menentukan hukum halal ke haram! Allah yang tau apa yang kita buat, kannn~ jadi serahkan semuanya kepada Allah :) #hadapidengansenyuman
hari ni, diwaktu lunch ni disebabkan tak keluar ke mana-mana barulah ringan tangan nak mengoogle checklist barang-barang nak dibawak ke hospital …

3D Scan #2

Image
kau terindah masih ada yang tercantik itu kamu...... :')

p/s : #mommyloveyou



3D Scan

subhanallah, syukur alhamdulillah bila dapat tengok anugerah Allah yang dibawa ke hulu ke hilir hampir sembilan bulan :') kejap je. plus minus, sebulan lagi si kecik ni nak menjengah dunia. perasaan aku pulak dah tentu la teruja, takut, berdebar-debar. buatnya nak terberanak time kerja, haru jugak. suami kerja kat kl family pon kat kl. aku sensorang kat bangi. siapa nak hantar pegi spital bila dah turun tanda???
cuti awal?? memang tak la. banyak lagi benda yang nak diselesaikan sebelum cuti bersalin. bukan senang nak serahkan tugas pada orang lain. bak kata bos, orang lain mungkin tak tau apa kerja aku (ayat bos nak selesaikan konflik staf, harharhar) kalau dah selesai semua kerja aku rasanya baru aman kot aku nak berpantang nanti -__-
dari segi persiapan nak bawak ke spital pon aku tak prepare lagi. cane?? selalu aku tengok orang lain masuk tujuh bulan je dah eksaited kemain packing baju segala. aku?? dah masuk 8bln++ ni pon mood nak packing barang belum sampai lagi, macam belum…