7 month ++

puas cari masa nak update blog. memang tak ada masa dah sekarang. asal ada je masa terluang sikit, time-time tu la bos panggil bagi kerja baru siap dengan deadline bila nak kena hantar u__u kalau seminggu dua tak apa, ini dua tiga hari lagi punya deadline baru nak bagi. iskkk!

hari ni baru rasa boleh bernafas dengan tenang, kerja semua dah selesai tinggal nak follow up je, hewhewhew :) ok, laju-laju update. jap lagi bos habis kuliah, jangan berangan la kau nak update blog segala.

dua hari lepas, selesai checkup untuk yang kesekian kali. entah dah kali keberapa pon aku tak tau, tak pernah kira pon sebenarnya. asal doktor set appointment je pegi, tak pegi kang dia cari aku sampai lubang cacing ;p

alhamdulillah, result MGTT aku hari tu sangat memberangsangkan. tak ada masalah diabetes. normal macam orang lain yang tak ada penyakit kencing manis. untuk checkup kali ni pon berat badan naik sejajar dengan kehendak doktor u__u iaitu sebanyak 1.4kg sahaja dalam masa sebulan. phewww..tak sia-sia aku kawal nafsu serakah yang makin kuat melantak kebelakangan ni..

selesai checkup, aku di beri satu carta. carta pergerakan bayi. dah kena start counting, baby mesti bergerak atleast ten times dalam masa doblas jam. kalau kurang dari tu dalam masa yang dia tetapkan sila la laju-laju bergegas ke hospital!



aku tak de la rajin sangat nak tick-tick benda alah ni..hari ni pon patutnya start kira dari pukul 9 pagi tapi satu hape pon aku tak tick padahal aku rasa dah berpuluh-puluh kali baby dok menendang dalam perut ni. ibu-ibu mengandung yang lain jangan pulak dok tiru perangai pemalas aku ni. tak pela jap lagi tengah hari aku tick la semua kotak..hahaa. asalkan aku rasa baby bergerak okey la tu.

bila dah masuk tujuh bulan ni, checkup pon kena lebih kerap. baru minggu ni pergi checkup, minggu depan klinik dah set tarikh baru untuk next checkup. phewww..lepas tu jadi seminggu sekali pulak..

sebelum ni dah berangan nak pergi buat scan 3d/4d..setelah berhempas pulas survey, akhirnya terjumpa satu klinik yang harga dia agak berpatutan. terus bagitau suami dan suami pon teruja nampaknya ;p laju-laju set appointment.



ok dah set! time raya haji pulak tu. nasib baik raya haji tak balik kampung. orang sebok beraya, aku sebok nak pegi scan..bhahaa :D nasib la, dah tarikh tu je yang available nak buat macam mana kan.

"raya nanti mommy nak pergi tengok muka baby tau....please behave, jangan sorok-sorok muka" :D