MGTT

seperti yang telah termaktub dalam entry lepas, di mana kegagalan mengawal berat badan di minggu kedoploh lapan telah menyebabkan diri ni terpaksa membuat appionment kali kedua untuk MGTT.

apa tu MGTT?? kalau ibu-ibu mengandung sebelum ni mesti dah tau. kan, kan.. untuk yang pertama kali macam aku ni harus la terpinga-pinga kejap. tak tau apa kejadah mentanag MGTT tu -__- terus laju-laju google cari info kesihatan masa pregnant.

MGTT, stand for Modified Glucose Tolerance Test. alaa senang cite dan mudah difahami orang panggil "minum air gula". apa nak suspen-suspen sangat pakai istilah sains bagai u__u selalunya, test ni untuk ibu-ibu yang ada sejarah diabetics dalam keluarga atau ibu-ibu yang pernah kena diabetes masa pregnant sebelum ni atau ibu-ibu yang pernah melahirkan baby besar. errr, aku tak de sejarah untuk semua faktor di atas.

faktor yang membuatkan aku terjebak untuk buat test ni disebabkan berat badan aku naik 5kg dalam masa sebulan..haaa, kau hado?? sejarah tercipta dalam hidup, tak pernah-pernah naik sampai 5kg dalam sebulan. mintak-mintak la berat aku ni turun dengan cemerlang jugak lepas deliver nanti macam zaman-zaman bujang ;p

kebiasaannya aku selalu buat checkup sebelah petang, maklumlah nak terus balik rumah. dapat balik awal, huehuehue ~

untuk test ni kena buat pagi sebab bermula pukul 10 malam sebelum test dijalankan dah kena puasa. se'afdalnya kalau boleh lepas pukul 8 malam tu dah tak payah makan pape. nasib la aku ni jenis makan awal, lepas makan malam pukul 7 terus tak sentuh makanan dengan air dah.

pagi-pagi dah terpacak kat klinik, disebabkan aku dah buat monthly checkup selasa lepas so aku terus buat test ni. mula-mula kena ambik darah dulu, part ni serius aku paling tak suka! sakit hoii. nak tak nak terpaksa pasrah kena cucuk untuk ambik bacaan darah masa puasa. lepas dah ambik darah, terus dia bagi minum air gula.

ada setengah klinik mungkin air gula dia ada perisa. perisa anggur ataupon oren. kan, kan..tapi kat klinik ni takde. semua air gula kaler putih aje. tak payah la kau nak demand sangat aqilah -__- minum aje apa yang ada! siapa suruh kau tak jaga makan. phuii, padan muka aku.



lebih kurang camni la saiz cawan dan rupa air gula tersebut.
sumber google


sebelum-sebelum ni macam-macam cerita ngeri aku dengar pasal minum air gula. nak termuntah la, rasa pening lepas minum la. cuak jugak, kang balik siapa nak drive?? dah la aku pergi sorang. aku punya la bayangkan air gula tu dia bancuh sekilo gula dalam cawan biasa sebab tu la semua ibu-ibu mengandung trauma bila kena buat MGTT ni u__u

rupanya......semua cerita-cerita ngeri yang aku dengar, mitos semata-mata. takde la teruk sangat rasa air gula tu. kalau tambah pewarna sirap sikit mungkin dah boleh hidang kat tetamu yang datang ke rumah :D rasa nak minum secawan lagi pon ada..bhahahaa <--- belagak gila! sedap. ke tekak aku yang kebal dengan rasa manis??

lepas dah menikmati air gula, kena tunggu dua jam untuk ambik darah lagi. part yang ni pulak bosan menunggu. sakit pinggang aku duduk lama-lama. nak menghilangkan bosan, aku join la ceramah pergigian. dapat jugak ilmu pasal penjagaan gigi sikit-sikit. ceramah pon tak lama, dalam setengah jam je.

lepas dua jam, dipanggil balik untuk ambik darah kali kedua. tadi dah kena cucuk tangan kiri. kali ni kena tangan kanan pulak T__T habis dua-dua tangan ada kesan jarum. minggu ni je dah empat kali kena cucuk. cucuk kat jari untuk ambik bacaan Hb, cucuk tetanus kali kedua, hari ni dua-dua tangan kena cucuk lagi untuk ambik darah..wuuuuu ~ sakit hari tu pon tak hilang lagi.

akhirnya semua prosedur tamat dengan cemerlang pukul sebelas pagi. terus laju-laju drive cari kedai makan berhampiran. kebulur sangat dah. result MGTT belum dapat lagi. kalau dah dapat result, klinik akan call untuk bagitau aku ni bermasalah ke tidak. hopefully tak ada apa-apa masalah. tak mau aku dapat penyakit muda-muda ni, dah la baru anak first, cam mana la nak beranak lagi lima kali ;p hahahaa ~ 



p/s : antara minum air gula dengan kena cucuk..aku rasa ngeri lagi kena cucuk! kebas dua-dua tangan, tapi laju pulak bila menaip ;p