Kawal Berat Badan

masalah ke kalau ibu mengandung naik berat badan berkilo-kilo?? salah ke?? salah ke?? emotional tiba-tiba -__-

semalam pergi checkup. pergi sorang-sorang tanpa ditemani suami tercinta. pasrah sebab ofis masing-masing terpisah antara daerah. kesian nak paksa suami balik meredah panas terik. jadi isteri yang berperikemanusiaan tiba-tiba ;p

alkisahnya. sampai klinik, berebut parking, ambik nombor giliran, tinjau-tinjau seat kosong sebab ramai bapa-bapa mengandung yang perlukan seat dari ibu-ibu mengandung. emotional lagi

bila sampai giliran, pergi timbang berat badan dulu. terbeliak mata, naik lima kilo. biar betul?? gosok mata sepuluh kali, lap cermin mata sepuluh kali. angka tetap sama. nurse terkejut beruk jugak. timbang kali kedua, masih berat yang sama. nurse terus catat dalam buku. pasrah lagi. hewhewhew :| terus dikenakan diet rendah karbohidrat dan lebihkan protin serta sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

balik, bagitau suami. kena bebel lapanratuspatplohdua patah perkataan. mulai semalam dikenakan catuan makanan kepada ibu mengandung yang kuat makan ni ;'( air bergula adalah dilarang sama sekali. 

hari ni,



melantak ini saja untuk bekalan tenaga tengah hari. menu diet untuk malam belum difikirkan lagi T_T pagi tadi sempat curi-curi makan nasi lemak sebungkus dengan milo panas. rasa berdosa pulak sebab dah janji dengan suami nak breakfast roti dua keping.

malam esok dah kena start puasa. pagi jumaat dah ada kerahan ke klinik lagi. harap-harap tak ada yang mendukacitakan. susah betul nak kawal pemakanan sekarang, lebih-lebih lagi ramai yang buat open house beraya sakan. hari terakhir syawal pon bersemangat pergi dinner hari raya persatuan silat yang suami sertai. harap-harap dah habis raya ni, boleh maintain berat badan.

start hari ni asyik tanya rakan taulan kat bahagian mana yang gemuk sampai berat naik berlebihan. nak kata baby besar, biasa-biasa je perut ni. rakan taulan bagi jawapan yang mengembangkan lobang idung patbelas inci, tak adala gemuk pon, slim aje. ke sekadar nak jaga hati ni???

dah-dah tak payah nak runsing fikir berat badan berlebihan. yang penting doakan semuanya sihat dan selamat.



p/s : bulan puasa turun 1.3kg, lepas raya terus naik 5kg....penimbang tu rosak kot! :D