Raya 2012

memandangkan perut aku tengah kekenyangan melantak segala juadah jamuan raya ukm kat dectar pagi tadi, mood nak menyelesaikan tugas pon tergendala sekejap gara-gara mencekik lemang kemain banyak sampai otak hilang fokus.

baru jamuan peringkat ukm, khamis ni jamuan peringkat fakulti pulak, minggu depan jamuan pejabat dekan. macam mana nak mengembalikan berat badan asal cmni?? senak perut -__- lepas dah beranak nanti pon kena pakai seluar maternity agaknya!

disebabkan malas nak buat kerja. aku upload la gamba raya hari tu. ingat nak kumpul dulu gambar dari satu syawal sampai ke doplohsembilan syawal. yela, aku kan puasa penuh doploh sembilan hari, haruslah raya pon sambut doplohsembilan hari ;p tapi, tak payah nak melampau sangat la kan.

ni jela gambar yang telah ditapis oleh lembaga penapisan dan disenaraikan untuk tontonan umum.  





cakkk!! kita pon ada baju raya tau..




amsyar malu-malu ;p gambar amsyar paling senang nak ambik sebab dia suka senyum. agaknya kak ngah aku masa pregnant dulu suka sengih-sengih camni kot. 




family along. 
tiap-tiap tahun akak ipar aku rajin sponsor kain untuk mak. aku pulak, biasanya cari kan tudung yang matching je..hehehee. mak aku ni high taste jugak, aku pon kadang-kadang tak tau mak berkenan ke tak kat sesuatu tu. almaklum lah aku ni simple orangnye.




family kak ngah.
lepas dua tahun berturut-turut raya rumah mertua, tahun ni tercapai jugak hasrat nak beraya dengan mak ;') cukup korum la tahun ni.. 




family aku :D
kitorang pengantin baru lagi, baru la jugak kan sebab baru tujuh bulan kawen..hikhikhik ;p insya'allah next year raya bertiga pulak. tahun ni raya berdua setengah.




adik-adik yang belum kawen
belum dibenarkan untuk berkawen sebenarnya, tahun ni adik aku yang pompuan tu berjaya menjait baju raya sendiri hasil tunjuk ajar kak ngah. tak payah nak bersesak-sesak cari baju raya siap. lepas ni aku pon nak berguru jugak dengan kak ngah, lepas tu boleh request kat suami mesin jait..hehee





adik beradik :D
adik beradik terbaik dunia akhirat. seronok bila dapat berkumpul semua. dalam semua-semua ni aku la yang paling untung. ada abang, ada kakak, ada adik lelaki, ada adik perempuan. lengkap semua..hewhewhew..yang tak untungnya aku sorang je takde lesung pipit bila senyum, kurang lemak manis kat situ..err pat hidung pon sesitip! sebab aku sorang yang tak mancung u__u wuuuuuuu....




keluarga besar.
adik beradik nam orang, kalau semua dah kawen nanti dah jadi sedozen, itu belum masuk anak masing-masing yang bakal bertambah dari tahun ke tahun. aku dengan suami je dah bercita-cita nak ada anak satu team bola, caner?? ;p insya'allah dua tahun lagi raya kat rumah baru. dah request kat mak, sediakan bilik sorang satu untuk anak-anak. boleh mak?? tahun depan pon mak dah pencen.




berempat!





bertiga!




berdua setengah....!




kadek baby dengan bantal busuk. aku rasa bantal busuk ni pon macam saka la. turun temurun. dalam adik beradik aku yang ada bantal busuk, along, aku, amy, apit, adik. sekarang dah melekat kat anak-anak pulak ;p lepas dah kawen ni baru berkurang sikit kepit bantal busuk, suami murka :D sesak nafas katanya! cisss ~




anak ibuuuu.....




:)))




dua zaman berbeza dan dua gender berbeza
gambar kiri : amsyar dengan kakak tisyia
gambar kanan : kak ngah dengan along




kalau tengok semua gambar kat atas, baru perasan suami lupa nak keluarkan angpow dalam poket -__-!




tempat wajib bergamba. legend kot tangga ni. dah berabad dari zaman nenek moyang. cucu, cicit pulak take over bergambar kat sini..



haa kan dah cakap, gambar kat tangga ni dah jadi macam tradisi turun temurun pulak.heheee :)











bukan budak-budak yang excited main bunga api. mak budak, bapak budak dan bakal mak bapak budak yang beriya. rindu kat rumah atok. masa kecik-kecik suka betul main kat kebun getah tu.




kenangan raya 2012 kat kebun getah atok ;p



p/s : juling mata tengok gamba kemain banyak u__u