Family Day - Port D

cerita kepam hampir dua minggu kot, kejadian seminggu sebelum puasa dimana suami mengajak untuk join family day ofis beliau kat port dickson. memandangkan aku dah lama kenal hampir semua officemate suami sejak sebelum kawen lagi so aku setuju untuk ikut. sejak pregnant ni suami ajak pegi mana-mana semua jadi malas, aku lagi sanggup balik rumah emak kalau suami terpaksa outstation berhari-hari -.- untuk tak mengecewakan beliau kali ni aku gagahkan diri menjoinkan diri ;p




disebabkan gambar terlalu banyak berkepuk-kepuk jadi untuk update terpaksa edit dengan memilih gambar yang banyak dengan muka aku je, bhahahaa :D aku dengan suami bertolak dari kajang, yang lain semua dari kolumpo dan decide untuk tunggu kat r&r mambau, err aku hentam je nama r&r tu sebab dah tak ingat.hehee u__u



tempat penginapan kitorang ni kat cocoabay apartment, rate untuk dua hari satu malam rm145. berbaloi untuk mereka-mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, bagi yang berdua macam aku ni?? lagi sanggup kot kalau cari chalet rm80 semalam -__- apartment besar-besar yang duduk aku dengan suami je, pheww~




sampai kat sana terus ada aktiviti, iaitu aktiviti bergambar. lama dah aku rasa tak bergambar. padahal dalam henpon sendiri mahupon suami penuh gamba aku..errr




aktiviti lepas bergambar adalah makan dan bergambar lagi. masing-masing semangat gerak awal sampai terlupa nak breakfast. ye, suami pon konon-konon nak drive thru untuk aku yang kelaparan. sudahnya tak jadi dan aku terpaksa tunggu sampai ke PD baru la dapat menjamah makanan u___u menendang-nendang anak aku dalam perut mintak makan




lepas makan, aktiviti bergambar bersama keluarga. motif buat gambar macam ni supaya tak nampak aku gemok sangat. kalau pakai saiz normal kang orang ingat ikan buntal pulak T__T 



sebelum check in, ada aktiviti sukaneka. aku tak dapat la nak join dengan keadaan diri macam ni. kesian suami takde couple dan terpaksa menjadi couple kepada offismate beliau yang bujang. terima kasih mirul sebab gantikan tempat aku! tugas aku time ni ambik gambar jela..ehemm lama tak pegang dslr, gambar semua macam entah pape -__-





kalau dah sampai ke PD tak pegi pantai rugi la pulak. aku kan suka tempat-tempat yang ada pantai ni. walaupon plan nak honeymoon di persisiran pantai hujung tahun ni tergendala gara-gara perut dah nak meletop!



sebelah malam ada jamuan makan. part ni paling aku suka. hobi aku sekarang ni semua yang berkaitan dengan makanan. makan dan makan, macam mana la doktor tak sound aku gara-gara berat naik berlebihan u___u terasa macam nak merayu bila doktor bagi menu diet, tolonglah jangan pisahkan aku dengan makanan yang lazat-lazat. menu utama malam tu steamboat, plan asal nak bbq tak menjadi kata suami.



hari last kat sana, semua pakat nak serbu pantai. aku pon tak terkecuali berfoya-foya dalam air laut. suami siap beli pelampung dan paksa aku mandi pakai pelampung -___-' apakah???




ikutkan hati memang aku nak join diorang naik banana boat, mesti anak aku melonjak-lonjak gembira kat dalam perut. kalau dia melonjak gembira la, kalau dia melonjak terkeluar dari perut,  masalah besar!  jadi aku lupakan niat berani mati tu. 




penyelesaian yang berkesan, wanita dan kanak-kanak naik boat aje :) huehuehue ~ kalau takde aku tak dela gambar kenangan jejaka-jejaka yang naik banana boat tu. gigih aku stabilkan diri dalam boat semata-mata nak capture gambar diorang.

seronok jugak sekali sekala enjoy macam ni. family day ni pon takdela formal sangat. ikut suka hati kau nak buat apa. tak ada tentatif langsung. kalau family day kat ofis aku ni rasanya macam berprotokol sangat, siap ada tentatif sebab tu la sepanjang aku keja kat kejuruteraan sekali je aku join family day..huehuehue :p errr kalau ada yang terbaca mohon ampun dan maaf dengan kenyataan jujur aku ni ~


p/s : raya cuti seminggu, uuuyeayy..dah siapkan plan nak berjalan-jalan selagi aku gagah nak berjalan!