Dinner - Malam Kampung Warisan

dah dekat seminggu blog terkepam gara-gara tuan blog tak ada masa nak update. baru hari ni tunjuk muka kat bos dan bertungkus lumus siapkan segala kerja terbengkalai yang dah lepas deadline pon sebenarnya -.-'. satu hari je kot masuk ofis sebab esok nak cuti balik, bhahahaa ~ heaven! segala call masuk tidak akan dilayan sama sekali, harap maklum!

minggu lepas sempat jugak men'sosial'kan diri untuk dinner fakulti. tahun ni jabatan yang jadi tuan rumah. mulanya memang rasa malas nak meramaikan majlis. memandangkan jabatan yang anjurkan tu jabatan bos aku maka beliau dengan seikhlas hati belanja dua orang staf dibawah beliau yakni aku dan kak ila. ehh, orang dah bayarkan wajib la pergi, phewww~




tema tahun ni ala-ala kemelayuan gitu, 'Malam Kampung Warisan'. macam tahun lepas tema arab, puas dah bergelek sakan. kalau tengok balik video dinner fakulti tahun lepas jadi malu tiba-tiba. tak sangka aku boleh bergelek depan orang macam tu! malu-malu -.- tobat tak nak buat dah.




memandangkan tema dinner ni malam kampung warisan, so tema pakaian haruslah kemelayuan. puas selongkar almari cari baju yang klasik-klasik. ada memang ada tapi malangnya semua dah tak muat. almaklumlah perut semakin memboyot. sobs T_T konfiden je jawab baju dah ada time suami offer nak beli baju baru untuk dinner. rugi! nak tak nak pakai jela apa yang ada. ketat pon ketat lah -.- bab baju dah setel, bab kasut pulak. seperti yang tertera selongkar pulak rak kasut cari kasut yang sesuai. kasut aku je yang penuh dalam tu, tu baru separuh tak masuk lagi yang dalam kete. hari-hari kena bebel dengan suami sebab kasut bersepah-sepah. dah nama pon perempuan. pheww! kadang-kadang aku pelik jugak sebab aku tak minat beli kasut tapi macam mana kasut boleh banyak ni?? tiba-tiba konfius!




dah sampai tempat dinner :) walaupon baju sendat aku tetap nampak slim dari tepi. bhahaha ~ susah nak mengaku dah tak slim sebenarnya :D




bila dah sampai laju je masuk macam dah tak sabar nak makan sampai terlupa datang dengan suami. kesian suami terkedek-kedek kejar isteri dari belakang ;p motip sebenar nak bagitau walaupon bawak perut yang makin membesar, i tetap maintain cargas dan bergerak pantas! boleh lagi ni kalau nak join 100m, 200m, 4x100m lompat pagar. kehkehkeh :)




inilah suami i :) kalau tengok daripada segi fizikal siapa yang mengandung sebenarnya??? muahahahaa ~ nasib baik tak nampak perut ;p




nampak sangat kitorang paling awal dan paling eksaited datang dinner. dewan pon tak full lagi -.-' hewhewhew~




menu malam tersebut. kebanyakan semuanya 'kambing'..perghhh aku dengan suami dah la tak makan kambing, terpaksa la ambik lauk pauk lain untuk santapan anak tekak. kalau makan jugak konfem demam tiga hari tiga malam. ada sejarah hitam kenapa aku fobia dengan daging kambing ni  u_u




sebelum dan selepas. gambar yang tak senyum tu suami kata muka lapar, gambar yang senyum pulak beliau cakap muka dah kenyang. aku jawab, realitinya memang macam tu pon, tak payah nak pura-pura berlakon bagai dengan muka macam ni. hehehee~




tujuan utama pergi sebab nak memang hadiah tu je ;p semenjak dua menjak ni selalu sangat bertuah ;p hahahaa ~ rezeki pembawakan budak kot. konon je, tunggu dari awal acara sampai ke penghujung acara baik nombor aku mahupon nombor suami masing-masing tak kena. punyalah berharap nak bawak hadiah balik. punyalah kecewa hampir berguling-guling kat dewan.




akhirnyaaaaaa....ni memang dah last punya cabutan. baru nak angkat kaki balik sebab kecewa nombor tak naik terus emcee tu umumkan tiga hadiah paling utama. nombor aku tuuuuu. hahahaa :D tengok gaya gambar dah tau betapa eksaitednya pemenang hadiah utama tersebut. hakhakhak ~




dapat hadiah terus angkat kaki, balikkkk ~ kemain lagi aku. pagi esoknya dapat sms dari kawan-kawan ofis tanya hadiah apa yang aku dapat utama sangattttt tu. hahahaa, jeles letewww, hikhikhik. ada yang buat teka teki, ipad la, iphone la, samsung galaxy note la, samsung galaxy sIII la, tiket percutian luar negara la (err ada ke org bagi tiket dalam kotak macam tu??) ..nak tau apa??? tunggu next entry ~ suspennn je ;p