puasa ganti

bila dah last-last minit baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa. berbekalkan semangat dan azam yang kental aku gagahkan jugak diri menghabiskan saki baki hutang puasa tahun lepas. tahun lepas mencatat rekod terbanyak aku tinggal puasa sepanjang hidup yakni sembilan hari. biasanya lima ke enam hari je.

isnin lepas dah berniat untuk ganti, so bangun sahur macam biasa. cuma sahur kali ni aku tak ambik makanan yang berat. sekadar minum milo segelas dan biskut gandum pat lima keping. dengan yakinnya, aku rasa dapat bertahan sampai ke petang -.-'

masuk time lunch, dah rasa lapar. buat-buat cool lagi. cara nak lupakan rasa lapar, pergi ke surau dan tido! kehkeh, bukan pergi ke surau nak mengaji ke hape. dah habis waktu lunch pon aku masih lagi kat surau berbahagia dengan mimpi indah. bila sedar dah over limit, terus berwudhuk dan solat zohor. masuk ofis dengan muka selamba. time ni aku dah start pening-pening, nak kata terlebih tido tak kan kot -.-

sampai la pukul pat setengah petang, makin lama makin sakit kepala otak aku ni. sharp pukul pat setengah laju-laju keluar dari ofis. takot kang bertambah sakit langsung tak boleh drive :'( sampai kat rumah tengok suami belum sampai lagi, so duduk dalam kereta kejap. sanggup tunggu suami semata-mata nak mintak tolong angkut beg laptop aku yang berat dengan segala macam khazanah dan aksesori naik ke tingkat dua. iskk macam mana la kalau dah sarat nanti -,-!

time ni dah tak pikir berbuka nak makan apa, nak minum air apa. yang aku tau katil dan bantal keutamaan aku! masuk je rumah terus campak kan diri atas katil dan selamat bermimpi indah :D dalam pukul nam lebih terhidu bau sardin, sah suami yang tolong masak untuk berbuka. sooo sweet :') ni yang sayang ketat-ketat ni. badan pulak makin takde tenaga, sampaikan kepala kena air pon terasa macam kena ketuk dengan hammer. sakit kemain lagi :D

dengar je azan maghrib, minum segelas air. dengan tak bagi salam habis semua air yang ditelan tadi terkeluar balik dengan kuantiti berganda-ganda. suami pulak yang panik mengalahkan aku. dalam panik-panik tu sempat jugak dia membebel kat telinga akibat kedegilan si isteri T_T sudahnya dari petang isnin sampai la semalam aku langsung tak boleh telan sebarang makanan. dan akibat kedegilan tu jugak terpaksa ponteng kerja. moral of the story, sekarang ni berusaha menimba ilmu dan mencari info-info berguna yang boleh dipraktik kan untuk berpuasa semasa pregnant.


Pastikan anda menikmati pelbagai makanan yang sihat dan banyak minum air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  1. Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan – seperti buah kurma, kacang dan lentil – untuk berbuka puasa.
  2. Elakkan makanan bergula yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat – ia juga akan menurun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti mahu pengsan dan pening kepala.
  3. Pastikan anda mendapat protin secukupnya daripada kacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protin diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  4. Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas.
- babycenter -




p/s : sobs sobs T_T ada lagi beberapa hari hutang yang belum selesai. sempat ke tak??!