Mengidam

ada orang request nak jem durian yang enak di makan bersama-sama lempeng.
lebih-lebih lagi bila teringat kelazatan jem durian arwah atok, walaupon bukanlah penggemar tegar durian.
malah sangat tak eksaited bila tiba musim durian -.-
keadaan dah bertukar!
oleh itu, laju-laju dail nombor kakak kesayangan mintak sampaikan pesan pada emak tercinta.
mintak tolong buatkan jem durian plssss (buat muka comel)
tak sabarnya nak balik segambut minggu ni!



ada lagi satu permintaan!
yang ini rasanya suami boleh tunaikan ;')
dah beberapa minggu terbau-bau keharuman chestnut atau dalam bahasa melayu nya buah berangan
memang hari-hari berangan nak makan sehingga kronik seperti hari ni.
tak tertanggung lagi. terus cakap pada suami.
boleh tak tunaikan???
okey! petang ni beliau cari.
yes! :)




sebenarnya, bukan saya yang nak makan sangat.
beliau yang kat dalam ni yang buat permintaan ;p ecehh
nasib baik tak mintak yang bukan-bukan dan senang di cari
sekarang musim durian kann...
chestnut pulak banyak je jual kat tepi-tepi jalan :')
memudahkan urusan masing-masing untuk melaksanakan permintaan saya ni.



untungnya jadi ibu mengandung ni.
dapat layanan first class :)
hehehe...