Jantina

semalam meneruskan misi checkup untuk yang kesekian kalinya. alhamdulillah semuanya okey, perkembangan baby pon sangat memberangsangkan. doktor pulak yang teruja. aku cool-cool aje, ecehh ;p

untuk pertama kalinya suami bersemangat ambik cuti untuk tengok baby yang dah ada pergerakkan sebenarnya cuma aku belum boleh rasa. tekanan darah stabil, denyutan jantung aku pon stabil, alhamdulillah :) beralih kepada sesi timbang, terjojol kejap la bijik mata sebab dalam masa nam bulan, yakni dari awal tahun sehingga hari ni purata pertambahan berat badan aku adalah sebanyak nam kilo. umangaiiii ~ paling banyak naik lepas kawen dengan pencapaian kenaikan sebanyak pat kilo! clap, clap, clap -.-' lepas pregnant ni naik lagi dua kilo, hewhewhew. nampak sangat aku yang makin besar mengalahkan baby -.-' 

baru pat bulan dah mencapai limaploh kilo. hoyeahh! usaha keras diperlukan tahun depan untuk mencapai berat badan asal yakni patplohpat kilo, phewww. belum apa-apa dah pikir nak kurus T_T

lupa kan pasal badan yang semakin gomok! hakikatnya memang aku sangat enjoy dengan pregnancy moment ni. takde alahan, sihat dan sangat best serta rasa tak sabar nak shopping barang baby :')

semalam scan lagi sebab nak tengok tumbesaran baby. yela masa first scan hari tu baru sepuloh minggu, saiz dia pon cinonet macam cikedis twisties rasa nak kunyah-kunyah je walaupon fizikal dia dah terbentuk. untuk kesekian kalinya dah nampak tangan, kaki dan jantung secara jelas. masa scan ni nampak la dia bergerak-gerak seolah-olah melonjak kegembiraan. dia tau kot mommy dengan daddy datang tengok ;p kemain kembang lagi tapak tangan dia dalam perut aku. daddy dia cakap, esok dah keluar rajin mintak duit kalau gitu gaya tangan dia -.- pheww. apa la daddy ni.

masa doktor cek-cek tu dia tanya aku nak tau gender baby ke tak nak. aku tanya balik, dah boleh tau ke? baru pat bulan kot, terus doktor scan kat bahagian baby tu punya anu ;p hahahaa ~ nampak la sesuatu di situ walaupon aku kurang jelas sebenarnya. doktor tanya aku sama ada aku nampak tak "benda" yang macam roket. actly masa tu macam blur..roket?? ape tu?? okey rupanya dia maksudkan adalah bebird ;p bhahaha ~ insya'allah jangkaan doktor yang akan keluar nanti adalah boboy. kemain lebar senyuman daddy dia time doktor bagitau gender -.- bagi aku pulak tak kisah la boboy ke gegurl yang penting sihat walafiat. next week kena pergi klinik lagi untuk ambik darah, aku rasa macam malas nak pegi. boleh? 

aku pernah cerita yang aku cuba untuk berpuasa atau secara tepatnya mengganti puasa yang aku tinggal tahun lepas dan malangnya mengalami sakit kepala dan muntah masa berbuka ;( menurut doktor, ada setengah orang mungkin boleh tahan nak berpuasa awal-awal pregnant. dalam kes aku pulak, kandungan asid dalam badan masih tinggi so akan menyebabkan aku pening dan muntah bila puasa. tapi doktor cakap masuk lima bulan dah stabil dan boleh puasa macam biasa. buat masa sekarang ni aku digalakkan untuk berlatih puasa. hewhewhew..nampak gayanya ada beberapa hari puasa yang tak sempat ganti terpaksa la postpone tahun depan sekali dengan fidyah T_T wuuwuu. 


p/s : doakan aku dapat berpuasa penuh tahun ni, baby please give your co-operation okey!