Gygie Kawen

26 mei lepas selamat sudah sorang lagi kawan sejenayah zaman paleolitik menamatkan zaman bujang. eh, eh macam tak sangka je semua dah kawen :') dulu-dulu suka main teka-teka siapa kawen dulu, sekarang main teka-teka siapa paling produktif menghasilkan banyak anak.bhahaha :D

gygie ni orang perak yakni dari sungai kurus (setelah di google translatekan), husband beliau pon orang perak jugak. baguslah, raya nanti tak payah gaduh-gaduh nak balik mana.



tema gygie hijau, kuning. cantek sangatt :)




time tengah makan, aku dihujani panggilan telefon oleh diana shazreen yang beriya-iya ajak bergamba. tau dah, kalau tak de muka aku dalam gamba mesti tak berseri gamba-gamba korang tu.hahahahaaa :D lepas makan baru gigih menapak ke bilik pengantin. time ni aku dok intai je dulu dari luar mana tau pengantin belum siap lagi takot ganggu pulak.




awal kot pengantin siap. tak cair ke makeup kau gygie? pape pon gygie memang vogue da vass hari tu, kelas kau jah lawa kaler baju. walaupon aku rasa aku sorang je yang tak mengikut tema atleast ada jugak kaler kekuning-kuningan kat baju aku tu ;p err eija bila berdiri nampak slim (tiba-tiba)




okey, yang ni memang kalah pengantin. dengan muka tak malu mintak official photographer si gygie ni ambik gamba mak-mak dara bertiga. perut aku dengan didie masih boleh di cover, perut eija sori to say la memang tak boleh nak di sorok. tunggu masa je nak menetas tu :p




eija pasrah bila aku bermain-main dengan perut beliau. jangan tak tau, gagah eija ni boleh drive lagi sampai ke perak walaupon dah nak meletop.




sesi mendengar tips-tips kecantikan dari didie :D




pengantin yang vogue.




macam biasa, sesi menjahanamkan pelamin memang menjadi fokus kami. sebelum pengantin bersanding wajib ambik berkat dari yang dah kawen ni. kalau dulu pelamin eija memang tak sempat nak dikerjakan kitorang, pelamin didie pulak, alhamdulillah selamat kitorang jahanamkan. pelamin aku memang tak dapat la diorang nak musnahkan sebab aku sanding atas stage kot. kalau naik atas stage kang banyak sangat mata yang memandang :D




aqmi & gygie. sama cantik sama padan. semoga berbahagia & cepat-cepat dapat baby ^__^ next time kita  buat reunion tolak stroller sorang satu okey ;p