Posts

Showing posts from June, 2012

Mengidam

Image
ada orang request nak jem durian yang enak di makan bersama-sama lempeng. lebih-lebih lagi bila teringat kelazatan jem durian arwah atok, walaupon bukanlah penggemar tegar durian. malah sangat tak eksaited bila tiba musim durian -.- keadaan dah bertukar! oleh itu, laju-laju dail nombor kakak kesayangan mintak sampaikan pesan pada emak tercinta. mintak tolong buatkan jem durian plssss (buat muka comel) tak sabarnya nak balik segambut minggu ni!


ada lagi satu permintaan! yang ini rasanya suami boleh tunaikan ;') dah beberapa minggu terbau-bau keharuman chestnut atau dalam bahasa melayu nya buah berangan memang hari-hari berangan nak makan sehingga kronik seperti hari ni. tak tertanggung lagi. terus cakap pada suami. boleh tak tunaikan??? okey! petang ni beliau cari. yes! :)



sebenarnya, bukan saya yang nak makan sangat. beliau yang kat dalam ni yang buat permintaan ;p ecehh nasib baik tak mintak yang bukan-bukan dan senang di cari sekarang musim durian kann... chestnut pulak banyak …

Jantina

semalam meneruskan misi checkup untuk yang kesekian kalinya. alhamdulillah semuanya okey, perkembangan baby pon sangat memberangsangkan. doktor pulak yang teruja. aku cool-cool aje, ecehh ;p
untuk pertama kalinya suami bersemangat ambik cuti untuk tengok baby yang dah ada pergerakkan sebenarnya cuma aku belum boleh rasa. tekanan darah stabil, denyutan jantung aku pon stabil, alhamdulillah :) beralih kepada sesi timbang, terjojol kejap la bijik mata sebab dalam masa nam bulan, yakni dari awal tahun sehingga hari ni purata pertambahan berat badan aku adalah sebanyak nam kilo. umangaiiii ~ paling banyak naik lepas kawen dengan pencapaian kenaikan sebanyak pat kilo! clap, clap, clap -.-' lepas pregnant ni naik lagi dua kilo, hewhewhew. nampak sangat aku yang makin besar mengalahkan baby -.-' 
baru pat bulan dah mencapai limaploh kilo. hoyeahh! usaha keras diperlukan tahun depan untuk mencapai berat badan asal yakni patplohpat kilo, phewww. belum apa-apa dah pikir nak kurus T_T
lu…

puasa ganti

bila dah last-last minit baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa. berbekalkan semangat dan azam yang kental aku gagahkan jugak diri menghabiskan saki baki hutang puasa tahun lepas. tahun lepas mencatat rekod terbanyak aku tinggal puasa sepanjang hidup yakni sembilan hari. biasanya lima ke enam hari je.
isnin lepas dah berniat untuk ganti, so bangun sahur macam biasa. cuma sahur kali ni aku tak ambik makanan yang berat. sekadar minum milo segelas dan biskut gandum pat lima keping. dengan yakinnya, aku rasa dapat bertahan sampai ke petang -.-'
masuk time lunch, dah rasa lapar. buat-buat cool lagi. cara nak lupakan rasa lapar, pergi ke surau dan tido! kehkeh, bukan pergi ke surau nak mengaji ke hape. dah habis waktu lunch pon aku masih lagi kat surau berbahagia dengan mimpi indah. bila sedar dah over limit, terus berwudhuk dan solat zohor. masuk ofis dengan muka selamba. time ni aku dah start pening-pening, nak kata terlebih tido tak kan kot -.-
sampai la pukul pat setengah petang, makin la…

Gygie Kawen

Image
26 mei lepas selamat sudah sorang lagi kawan sejenayah zaman paleolitik menamatkan zaman bujang. eh, eh macam tak sangka je semua dah kawen :') dulu-dulu suka main teka-teka siapa kawen dulu, sekarang main teka-teka siapa paling produktif menghasilkan banyak anak.bhahaha :D
gygie ni orang perak yakni dari sungai kurus (setelah di google translatekan), husband beliau pon orang perak jugak. baguslah, raya nanti tak payah gaduh-gaduh nak balik mana.


tema gygie hijau, kuning. cantek sangatt :)



time tengah makan, aku dihujani panggilan telefon oleh diana shazreen yang beriya-iya ajak bergamba. tau dah, kalau tak de muka aku dalam gamba mesti tak berseri gamba-gamba korang tu.hahahahaaa :D lepas makan baru gigih menapak ke bilik pengantin. time ni aku dok intai je dulu dari luar mana tau pengantin belum siap lagi takot ganggu pulak.



awal kot pengantin siap. tak cair ke makeup kau gygie? pape pon gygie memang vogue da vass hari tu, kelas kau jah lawa kaler baju. walaupon aku rasa aku so…