10 weeks 1 day


baru balik dari klinik, termengah-mengah mencari kelibat parking kosong. sudahnya parking kat tempat bos, nasib bos takde. fuhh ~

akibat tak tahan keadaan perut seolah-olah terasa ada sesuatu sedang bershuffle-shuffle dengan riang gembira, aku nekad pergi ke klinik lagi. tak boleh jadi ni, macam nak terberanak rasanya T_T gagahkan diri memandu ke klinik sendirian. macam ni la nasib dapat suami yang bekerja jauh. sobs!

sampai kat klinik memang bernasib baik tak berapa ramai patient, selalunya poliklinik ukm ni memang meriah dengan patient. lepas register dan pilih doktor mana yang aku nak jumpa (harus la aku pilih doktor perempuan, yakni dr. fadzilah) duduk menunggu dalam lima belas minit sambil menahan tarian shuffle dalam perut -.-'

sampai je turn aku, terus meluru masuk bilik doktor dan cerita permasalahan aku sekarang. kalau ikut pada last checkup aku berdasarkan tarikh hari pertama period, esok baru nak masuk 9 weeks dan due date aku adalah pada 21.12.2012. memandangkan aku tak pernah scan doktor tanya sama ada aku nak scan atau tak. terus angguk laju-laju, gila tak excited nak tengok baby dalam perut.

bila dah scan, hasilnya adalah seperti di bawah :')




kecik je dia dalam tu, nampak selesa. doktor siap tunjuk jantung dia yang tengah berdenyut, kaki dan tangan yang dah nampak rupa :') nak menangis rasa. sayangnya suami tak dapat tengok live, balik ni bagi gambar je -.- (rugi-rugi, daddy tak dapat tengok awak live sayang)

lepas scan dan ukur saiz baby, terus doktor cakap aku macam salah kira tarikh hari pertama period aku. dia cakap ikut pada ukuran 3.27 cm, baby dah masuk 10 weeks 1 day hari ni. woww, lagi dua minggu nak masuk tiga bulan. dan tarikh due date jugak turut berubah. sama pulak tu dengan birthday daddy dia 11.12.12 -.-' pandai pilih tarikh. takpe nanti mommy pujuk suruh keluar lambat sehari, dapat tarikh cantik sikit..hewhewhew ~

alhamdulillah, baby dan mommy sihat. symptom yang aku rasa tu akibat baby nak membesar dan terus membesar bagaikan juara, maka akan rasa sedikit ketegangan dalam perut..doktor cakap sakit ala-ala senggugut tu biasa la. kalau rasa tarian shuffle tu, disebabkan angin dalam perut aku tu -.-' haishh buat mommy neves aje tau baby ni, cuba bagi salam dulu ke sebelum membesar ;p

sebelum ni aku tak makan sebarang vitamin, asid folic, iron ke ape-ape yang perlu la bagi ibu mengandung. akibat dari sikap lalai dan tak ambik tau tu doktor bagi syarahan perdana kat aku. padan muka! huhuhu.. start hari ni kena lebih berdisiplin untuk tumbesaran baby :) doktor siap ingatkan lagi untuk next appoinment dengan dia bila. huhh, tegas nampak :)


p/s : alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri :')