Posts

Showing posts from May, 2012

10 weeks 1 day

Image
baru balik dari klinik, termengah-mengah mencari kelibat parking kosong. sudahnya parking kat tempat bos, nasib bos takde. fuhh ~
akibat tak tahan keadaan perut seolah-olah terasa ada sesuatu sedang bershuffle-shuffle dengan riang gembira, aku nekad pergi ke klinik lagi. tak boleh jadi ni, macam nak terberanak rasanya T_T gagahkan diri memandu ke klinik sendirian. macam ni la nasib dapat suami yang bekerja jauh. sobs!
sampai kat klinik memang bernasib baik tak berapa ramai patient, selalunya poliklinik ukm ni memang meriah dengan patient. lepas register dan pilih doktor mana yang aku nak jumpa (harus la aku pilih doktor perempuan, yakni dr. fadzilah) duduk menunggu dalam lima belas minit sambil menahan tarian shuffle dalam perut -.-'
sampai je turn aku, terus meluru masuk bilik doktor dan cerita permasalahan aku sekarang. kalau ikut pada last checkup aku berdasarkan tarikh hari pertama period, esok baru nak masuk 9 weeks dan due date aku adalah pada 21.12.2012. memandangkan aku t…