kecintaan









bila belum kawen, orang sebok bertanya bila nak kawen. bila dah kawen, orang sebok bertanya bila nak ada anak. kalaulah aku tau macam mana nak menjawab soalan tu dah lama aku jawab -.-' aku ni pencinta kanak-kanak. kalau Allah bagi rezeki, aku tak nak rancang-rancang. ikut kan hati mau tiap-tiap tahun beranak :D bhahahaa ~

anak tu amanah yang Allah bagi pada kita. tanggungjawab kita untuk mendidik dengan sebaik-baiknya supaya dapat menjadi manusia yang terus menegakkan islam. berat tanggungjawab tu. sebelum ada anak ni kenalah prepare dari segi mental dan fizikal. menambah segala ilmu-ilmu yang boleh dipraktikkan kemudian hari. bukan senang hoi. 

seriously, aku sekarang suka sangat baca blog-blog atau artikel yang bersifat keibu bapaan. blog-blog macam ni banyak info-info yang best. baca cerita-cerita pengalaman mereka yang pertama kali menjadi ibu, dari anak baru lahir, first solid food untuk baby, first crawl sampai la anak dah boleh berjalan dan bercakap. kagum jugak dengan ibubapa yang macam ni. sentiasa mencari rujukan nak buat yang terbaik untuk tumbesaran anak. ada tu, dari awal pregnancy lagi dah jaga makan dan minum demi anak yang bakal dilahirkan. aku pon sampai dah berangan nak buat benda sama macam aku baca kat blog-blog orang :D

bila dah membaca macam-macam cerita pasal baby, of cos la perasaan aku makin membuak-buak untuk jadi mummy. sampaikan anak buah sendiri pon aku ajar panggil aku mummy. ecehh macam anak sendiri pulak. eh, memang la anak sendiri. darah daging aku jugak tu.

sekarang ni, bila berborak dengan suami pon,mesti topik pasal budak-budak. suami ni lagi penyayang kot dari aku. dah biasa dengan baby, pegang baby pon tak kekok macam aku. yela mak mertua aku jaga anak orang memang la dia dah biasa. pernah jugak berborak dengan suami sambil-sambil berangan panggilan apa yang dia nak guna bila ada anak. aku paksa dia guna panggilan 'daddy' sebab aku dah terbiasa bahasakan diri aku 'mummy' dengan anak buah aku yang nombor dua dengan tiga..hehehee. suami cakap tak nak sebab dia lebih suka panggilan 'ayah'. kemelayuan giteww :) tak kira! tak kira! panggil 'daddy' jugak ~ hahahaa

ada setengah orang jadi stress asyik ditanya bila nak ada anak. bagi aku la, buat apa nak stress. aku selalu ingatkan diri sendiri bila orang tanya jawab je 'belum ada rezeki'. dalam masa yang sama, aku selalu ingatkan diri aku jugak yang perancangan Allah itu lebih hebat, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. mungkin jugak aku kena perbaiki diri sendiri untuk jadi seorang mummy, kena kukuhkan kewangan dulu, beli rumah sebijik sebelum ada anak. sambung pengajian yang tergendala tahun lepas :)



p/s : kita cuma merancang dan Allah yang menentukan. yang penting jangan lupa berdoa! sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat ~