Awal Lagi

hari ni aku nak cerita pasal awal, bukan cerita awal ashaari yang bakal berkahwin dengan scha alyahya ye. bukan, bukan. semalam pagi-pagi aku dah merayap balik segambut. dalam entry lepas dah cerita yang kucing aku ada appoinment dengan doktor beliau pada hari rabu. kelass kau, kucing pon ada appoinment okey! bergegas aku berlari berkejaran ambik adik aku dengan kucing kat rumah.





hai saya curve. hari ni appoinment saya yang ke empat dalam bulan ni. doktor cakap saya dah sihat tapi saya benci kena drip setiap kali jumpa doktor -.-

isi hati kucing aku, aku tolong sampaikan. kalau dia bercakap kang korang pengsan pulak dengar :D lega sikit hati aku tengok beliau dah sihat -.-

okey, bukan nak cerita pasal kucing kesayangan sebenarnya. itu baru mukadimah. mari masuk ke isi penting bagi title di atas.

memang aku jenis suka bercerita, cerita apa je yang berkaitan dengan aku. straight to the point. aku pregnant! ye, pregnant! masih terlalu awal untuk di khabarkan sebenarnya. tapi, apa salahnya kan. berkongsi kegembiraan bila dapat tau ada nyawa sedang berkembang dalam rahim aku :') usia kandungan baru nak mencecah 5 minggu. ye, sangat-sangat awal dan masih belum stabil keadaannya. hanya berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan & kesempatan untuk bayi ni terus membesar dalam rahim mummy dia :')

bila dah tau usia kandungan, aku mula la meng'google' risalah-risalah usia kandungan 5 minggu. banyak rupanya risiko keguguran yang jadi T_T mula rasa takut dan cuba untuk berfikir secara positif. risiko keguguran akan berkurang pada minggu ke-12! terasa lama nak mencapai usia 12 minggu -.- insya'allah aku tetap berpegang kepada rezeki Allah. sekiranya telah ditakdirkan dia milik aku maka dia tetap akan menjadi milik aku dan sekiranya telah ditakdirkan dia bukan milik aku maka dia tetap tidak akan menjadi milik aku :)

actly, takda tanda-tanda yang aku pregnant. dua minggu lepas kesihatan agak merudum so selera makan pon turut jatuh merudum. bila dah sihat, nafsu makan menjadi-jadi. biasanya selera makan bertambah bila period date dah dekat. so biasa jelakan. takde apa yang pelik. cuma yang pelik bila period date telah melepasi deadline selama sembilan hari. kitaran haid aku biasanya doplohlima hari. time tu dah start letak harapan dan angan-angan yang tinggi. ecehh ;p

masuk hari ke sembilan lewat, aku curi-curi keluar dari ofis semata-mata nak pergi farmasi beli pregnancy test -.-' sanggup tak tunggu lunch time. selamba keluar time kerja! nasib la ada beberapa tempat kat bangi ni yang dah familiar. sampai je farmasi terus beli dua pregnancy test. tamak! laju-laju pecut balik ofis sebab tak sabar nak try. ikutkan hati nak je try kat toilet shopping mall yang terdekat..bhahaha :D

sampai ofis je terus meluru ke toilet. bukan sebab gelojoh nak test tapi memang dah nak terkucil sangat. di samping tu ambik kesempatan untuk buat test :) dan keputusannya adalah seperti yang tertera di bawah:



dua line :') time ni belum puas hati lagi. aku siap simpan benda alah ni dalam handbag dan tengok lapanploh kali. yela kot-kot tiba-tiba berubah pulak :D orang cakap kalau nak buat pregnancy test elok buat pagi-pagi time bangun tido, waktu tu hcg (human chorionic gonadotropin) yakni sejenis hormon semasa mengandung sangat tinggi dan lebih senang detect. walaupon belum mencapai kepuasan maksimum, aku tetap bagitau suami supaya dia berharap..bhahaha (jahat!)

pagi esoknya bagun tidur aku terus test untuk kali kedua. dan hasilnya masih seperti di atas. waktu ni muka ada sinyummmm :) suami pulak over eksaited siap ambik gamba benda alah ni untuk dijadikan kenangan -.-' tah pape.

semalam, baru la bergegas ke klinik untuk mendapatkan kesahihan tentang berita tersebut ;p kat klinik pon test lagi untuk kali ketiga -.-'

doktor : bila last period? hari pertama period?

aku : 16hb lepas

doktor : okey, kita buat test dulu ye nanti saya panggil semula

aku : okey (berlalu untuk buat test kali ketiga)

doploh minit kemudian, masuk ke bilik doktor dengan suami.........

doktor : ini husband ke? (sambil pandang suami)

aku : yes, my husband :)


doktor : tahniah, u pregnant. almost 5 weeks. means dah sebulan beberapa hari la. 10 weeks above ataupon 3 bulan boleh la mendaftar di klinik kesihatan ye. untuk buat buku checkup.

aku : (senyummmmmmmmmm) okey! doktor, saya boleh makan panadol tak??

doktor : panadol boleh, selain dari tu make sure dapatkan nasihat dari doktor dulu ye.

aku : okey, thank u doktor..

doktor : okey, so jangan lupa and jangan lambat-lambat pergi booking ya. congratulation! (sambil salam suami)

aku & suami : okey, thanx :))))


alhamdulillah, bila dah dapat kesahihan baru la hati ni lega sikit. nampaknya untuk beberapa minggu ni kena lebih prihatin terhadap tubuh badan sendiri. minggu lepas rilex je merempit dengan suami naik motor balik kolumpo. start minggu ni terpaksa la suami meninggalkan motor baru kesayangan beliau untuk balik ke kolumpo :) ini di namakan pengorbanan seorang suami dan bakal daddy. muehehee :p




minggu kelima, terbentuk 3 lapisan ya itu ectoderm, mesoderm dan endoderm. ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk system saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. lapisan mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. lapisan endoderm yaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing. aku rasa mesti besar dia sekarang besar sebijik kacang ke besar sikit.. agaknya la ;p semoga aku dapat terus merasa perkembangan baby dalam rahim aku sendiri :')



p/s : insya'allah kalau ada rezeki, bakal menjadi cucu ke empat emak dan bakal menjadi cucu pertama keluarga suami ^_^