Aku

bila duduk sorang-sorang. macam-macam aku pikir, pasal masa lampau la, future aku macam mana, anak aku nanti berapa orang, tahun ni berjaya dapat anak tak. eh? tak. sebenarnya aku tengah pikir tentang aku doploh nam tahun yang lampau. ye.

hidup sederhana yang sangat bahagia. ada emak, ada ayah (memang la kena ada, dah tu aku ni wujud macam mana pulak!) sayangnya Allah bagi pinjam ayah selama lapan tahun je kat aku. start umur lapan tahun takde ayah, bergantung sepenuhnya dengan emak. kenangan dengan arwah pon tak banyak macam orang lain. serius, masa nikah aku sedih sebab takde ayah yang menikahkan aku. tapi takpe, apa kurangnya orang lain yang masih ada ayah tapi tetap wakilkan pada jurunikah. untung lagi aku yang dinikahkan darah daging sendiri :')

dulu-dulu, family aku takde kereta. arwah ayah aku ni jenis yang tak suka berhutang. so dia cuma ada sebijik motor untuk ulang alik pegi kerja. bila nak balik kampung kat kuala kangsar atau tangkak kitorang satu family sewa teksi je. mula-mula, kitorang tinggal kat kawasan rumah kampung segambut dalam. rumah sewa kot (tak pasti sebab aku kecik lagi) sampai la umur aku setahun, ada rezeki lebih ayah aku beli sebijik rumah flat yang kitorang duduk sampai sekarang. mak aku cakap, ayah tak nak buat hutang banyak-banyak jadi dia beli ikot kemampuan dia. sampai la arwah meninggal, rumah tak habis bayar lagi tapi alhamdulillah semua insuran cover jadi mak aku tak payah keluar satu sen pon untuk sambung bayar.

mak cakap lagi, kitorang adik beradik ni kira bertuah sebab arwah ayah keje gomen bila ayah meninggal dapat la pencen sikit, mak aku pon keje gomen, ada jugak sumber pendapatan nak membesarkan kitorang nam beradik. dulu-dulu jugak mak aku buat bisnes nasi lemak nak tambah income family. sambal tumis mak memang terbaik dari ladang, rasa sekali mesti termimpi-mimpi :) tapi arwah ayah suruh mak aku stop sebab orang-orang sekeliling tak suka tengok orang lain lebih. arwah ayah tak suka cari musuh jadi biar dia yang mengalah. 

bila aku pikir betul jugak cakap mak aku. kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang takde ayah lagi kesian, duduk rumah anak-anak yatim. tapi kitorang sangat-sangat bertuah! bila teringat balik mula-mula mak aku teruskan hidup takde suami. sedih. yela, masa ayah aku meninggal tu mak aku tengah peknen dua bulan. dalam tempoh peknen tu la dia gigih pegi ambik lesen kereta dan beli kereta sebijik. bukan apa, malu nak tumpang orang hari-hari pegi keje.

masa arwah ayah ada, duit belanja sekolah kebangsaan nam posen je sehari. sekolah agama takde duit belanja, tengah hari kena makan dari rumah. dulu-dulu ayah simpan duit dalam satu bekas, bila nak pegi sekolah kena ambik sendiri. kena jujur! kalau ayah cakap namposen kene ambik namposen (pesan ayah, aku ingat lagi sampai sekarang) aku, along dengan kak ngah ni pun punya la jujur (kesian adik-adik aku, tak merasa semua ni). kitorang tak pernah ambik lebih dari apa yang dah ditetapkan. cukup la, dapat beli nasi lemak pinggan kecik tigaposen, air dalam plastik doplohsen. dapat simpan seposen. kalau bawak botol air dari rumah dapat simpan tigaposen. tigaposen tu simpan untuk esok boleh beli kopok lekor ke, jajan dalam bas ke :') 

cerita pasal ayah aku yang tegas, teringat pasal along aku yang nak skip solat. ayah aku kejar dengan hanger sampai dalam bilik. along aku lari menyorok belakang dressing table. sebelum tu siap pesan lagi dekat adik aku yang ada dalam bilik jangan bagitau ayah yang dia ada belakang dressing table tu. adik aku pon satu, jujur sangat. bila ayah tanya terus dia cakap "along ada kat belakang tu.." (sambil tunjuk tempat persembunyian abang aku). apa lagi berbirat la badan abang aku kena sebat :D garang tak garang ayah aku ni bila bab solat. gerun hoi..umur sepuloh tahun tak solat kena sebat.

actly, aku teringat sorang lagi insan yang paling aku sayang. bila mak aku pegi kerja. kitorang adik beradik, arwah opah yang jaga (opah adalah mak pada ayah aku) aku ni kira cucu yang paling rapat dengan opah. masa darjah lima, kesihatan opah pon dah tak berapa ok. opah balik kampung duduk kat sana. aku dah macam anak kucing hilang mak time tu. hari-hari menangis, tido peluk cium kain batik opah T_T jadi manusia paling sensitif skali, pantang kene tegur dengan mak. aku mula menangis dalam bilik sambil cakap dengan kain batik opah (konon-konon mengadu mak dah tak sayang aku). masa opah dah takde, aku tengah final year time tu. bergegas aku balik kolumpo naik tren semata-mata takut kena tinggal dengan yang lain-lain yang dah nak balik kuala kangsar :'( nasib baik sempat. dapat jugak aku mandikan jenazah, cium buat kali terakhir. masa mandi dengan kapan aku tak nangis. lepas cium je terus aku dengan adik aku lari dalam bilik nangis puas-puas.

bila menaip cerita ni semua, hati aku macam meronta-ronta nak balik kuala kangsar tengok kubur ayah, kubur opah. lame dah aku tak balik. last aku balik masa opah meninggal, ada la lebih lima tahun kot. adik beradik aku yang lain ada yang selalu balik especially along. ada cerita kenapa aku tak balik. tapi tu cerita lama, malas aku nak ingat. baru-baru ni aku bagitau suami, aku nak sangat pegi ziarah kubur ayah, kubur opah. suami cakap, insya'allah satu hari nanti dia akan bawak :')

nampaknya dah berjela-jela entry aku ni. camni la hari jumaat, orang lain balik rumah aku berkarya :D patut la penat. rupanya jari jemari aku belum rehat-rehat dari tadi. next time kalau aku tengah feeling-feeling kisah zaman purba aku sambung la entry ni :) bukan untuk tatapan umum, sekadar nak mengenang kisah aku dari kecik. hidup yang biasa-biasa je tapi bahagia :')


to be continue kalau rajin :p