Didie Kawen

yeayy..akhirnya hari ni tak lupa untuk bawak memori kad. syabas bete, syabas! hari ni ofis kosong memandangkan semua dah berangkat ke cherating untuk ber'family day' pukul sepuloh tadi. apsal aku tak pegi?? mula-mula memang nak pegi tapi tiba-tiba dapat jemputan kawen dari kawan suami, tarikh clash dengan family day -.- bulan ni memang tiap-tiap minggu penuh dengan kenduri kawen, bulan depan pulak ada family gathering dekat tangkak.

baiklah mari mulakan entry kenduri kawen kawan baik aku, diana shazreen atau gelaran manja beliau didie. nama sedap kemain, tak paham aku kenapa singkatan didie tu jugak jadi pilihan beliau -.- actly majlis nikah didie hari jumaat, so suami ajak aku ambik halfday hari tu. tengah hari aku terus berambus balik ke kl tunggu suami selesai solat jumaat kat masjid wilayah. lepas solat jumaat balik rumah mak mertua kejap sebab suami nak letak motor beliau kat sana. dalam pukul pat baru la kami yang comel bertolak ke kuantan. kitorang memang dah bajet-bajet masa. didie nikah lepas isya' so kalau gerak pukul pat petang,  lepas maghrib sampai la kiotrang kat sana. ala kolumpo-kuantan bukan jauh pon, tiga jam je.  

sepanjang perjalanan ada la jugak dugaan yang menimpa suami kalau teringat balik aku rasa nak gelak pon ada.  bila drive badan penat memang rasa enak dibuai mimpi kalau kene aircond, macam tu la jugak keadaan suami. aku yang jadi co-driver dah naik cuak tengok cara pemanduan beliau. sudahnya aku paksa suami cari r&r, biar aku ambik alih jadi driver, suami setuju! on the way cari r&r tu aku terlepas seketul angin..perghhh memang dasyat la bau. kebetulan tengah hari tu makan petai, memang best la :D bhahahaa~ akibat penangan bau dasyat tu, suami terus jadi segar. tak jadi nak tukar driver :D muahahaa. lepas ni aku dah tau ubat untuk hilang ngantuk beliau, phewphew :) *ampunnn sayang, tak buat lagi tereksiden pulak hari tu* sampai r&r maran baru kitorang benti untuk solat asar sebelum meneruskan pejalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama *tiba-tiba*




macam ustazah tak, selekeh benau aku..bhahaa :D akhirnya sampai jugak kitorang kat kuantan, mula-mula aku pegi rumah didie tapi macam ramai sangat orang kat sana aku terus ajak suami tunggu kawan-kawan yang lain kat masjid je.




nampak pengantin dari jauh terus serbu ajak bergambar. mak buyong yang bertudung purple pon terkedek-kedek mengikut bontot aku. terasa kerdil dan kemetotnya diri aku berada di antara dua wanita ini -.- korang makan ape wei??




duduk di barisan kehormat menanti penuh debaran sebelum saat di ijab kabul. eh eh apahal aku pulak yang nak berdebar?? time ni aku dengan eija tengah tunggu sorang lagi kawan yang tersesat, sudahnye aku mintak suami pegi menjemput gygie yang tersesat untuk dibawak pulang ke pangkal jalan..hahaa :)




haa yang ni baru betul nak buat statement menanti penuh debaran :D kemain gojess pengantin dengan dress labuh menyapu karpet masjid,. senang qariah masjid tak payah sebok nak sedut habuk..hikhikhik :)




eh eh pengantin laki pon pakai pink la macam kitorang nikah, nak nampak comel leteww :D bhahaa. time ni hafidz dengan penuh kesabaran menunggu tok kadi habis membebel selama sejam. kalau aku jadi hafidz, dah lama aku cepuk tok kadi tu. perut aku ni dah lapar!




pengantin pompuan pulak jenis tak menyabar, hormon eksaited terlebih agaknya. time tok kadi tu tanya dekat didie sama ada setuju tak untuk di nikahkan dengan hafidz. yang si didie ni kemain lantang lagi menyebut "SETUJU!!" hahahaaa~ tak senonoh kau didie, nampak benau tak sabar nak kawen. malu dibuatnya -.-




alhamdulillah, sah menjadi isteri kepada hafidz. welcome to the club didie :') bahagianya tengok kawan-kawan kawen.

lepas majlis nikah, bergegas aku ajak suami ke rumah didie. tahap kelaparan yang tak boleh dibendung lagi. selesai makan, terus ajak suami gerak ke rumah makcik aku untuk tido -.-'




esoknya awal-awal lagi dah terpacak kat rumah pengantin. actly, kitorang tak dapat nak lama-lama sebab nak kejar satu lagi wedding dekat kolumpo.




time aku sampai, pengantin belum siap lagi. tengah di makeup kan. aku macam tak sampai hati je nak bagitau didie yang aku tak dapat tunggu dia bersanding :'( tapi apakan daya *ecehh* aku gagahkan diri untuk bagi tau. terkilan jugak sebenarnya T_T




sebelum gerak balik ke kolumpo sempat jugak la aku, suami, eija dan gygie merasmikan pelamin didie ni :) kreatif tau siap letak gamba-gamba time bercinta dulu.




kami lah tiga dara pingitan. eh silap, dua di kiri dan kanan dah jadi mak dara, yang di tengah-tengah je masih anak dara..hewhewhew :) kesian aku tengok eija *kanan skali* posture duduk dah tak stabil orang lain sume lutut ke atas beliau je lutut ke bawah, risau betul anak dia terkepit dalam perut :D




motif aku pandang gygie dengan perasaan tak puas hati?? gamba kat atas tadi senyum nak kepit-kepit, aku sorang je senyum kemain lebar. gamba yang ni nak melawan kelebaran senyuman manis aku pulak! :/ senyuman mak buyong maintain je..




semua dah kawen, tinggal gygie je yang bakal berkawen bulan lima ni. yeayyy boleh pegi sungai kurus *slim river* nanti. eija pulak tak tau dapat pegi ke tak wedding gygie dah nak meletop katanya.




kepak, kepak, keboom, keboom...kepak, kepak, keboom, keboom, keboom, kebabooommm!! rasa macam nak bersanding lagi sekali je. tapi kenapa posisi kitorang macam terbalik je ni??

lepas menjahanamkan pelamin didie, aku dengan suami terus gerak balik ke kolumpo. sedih tak dapat tengok didie sanding T_T sobss, sobss..