Di sebalik kejadian


time tengah godek-godek henpon menatap gambar-gambar yang hampir basi sambil senyum-senyum tak de arah tujuan, terjumpa gambar cupcakes kat atas ni. terus teringat dua hari sebelum nikah. actly cupcakes ni nak buat hantaran untuk pihak laki, bersemangat waja tempah dekat kawan baik. betapa gigihnya aku merempit kala malam bulan mengambang ke damansara semata-mata nak pickup awal dua hari sebelum hari nikah demi memberi decoration terbaik pada kotak kek -.-'

petang sebelum hari kejadian, call kawan baik;

aku : didie, kalau malam ni aku datang amek kek naik moto agak-agak boleh tak?? stabil tak kek tu, tak gerak-gerak ke??


didie : tak, kau nak datang pukul bape ni??


aku : kau nak aku datang pukul bape??


didie : malam sikit la...


aku : pukul 9 aku datang..


didie : ok! 




malam tu, aku pon merempit la bersama encik tunang ke damansara. nak cari rumah didie ni tak susah sebab aku penah pegi sekali tapi nak mencari bangunan doploh sembilan tingkat dia tu yang aku tak reti. sudahnye aku konfiden je pegi masuk blok D tingkat doplohnam cari umah nombor namblas. aku pelik jugak sebab si didie ni cakap die dah bukak pintu umah padahal aku tengok kat situ sume pintu tertutup je. rupa-rupanya tersalah blok T_T konfiden je aku naik blok D padahal blok si didie ni blok E. hoii nak turun balik tunggu lif punye la lame, kesudahannye aku turun tangga dari tingkat doplohnam dengan suasana horror..gila tak horror, dah la sunyi. mula la aku terbayang scene cite hantu, turun-turun tengok still kat tingkat yang sama T_T tiba-tiba, nak jugak masukkan situasi sendiri dalam scene filem -.-

lepas dah gosip-gosip sikit buat bekalan dosa sebemban, aku pon berambus la balik rumah. memandangkan jalan ke rumah didie ni berliku-liku entah ape yang encik tunang langgar ~ gedebukkk! (sound effect) melambung cupcake aku tunggang terbalik, terus benti tepi jalan nak betulkan kedudukan cupcake tersebut sambil jilat-jilat cream cheese lazat yang bersememeh tepi kotak T_T siyes rasa nak nangis memula, tapi aku saja buat-buat cool. orang yang paling rasa bersalah dah tentulah encik tunang sebab beliau yang berkeras tak nak naik kete, konon jalan jem la -.-'

sampai je rumah aku terus capai sudu, aku ratakan cream cheese yang dah penyek-penyek takde rupa bunga -.- sudahnye keadaan kek adalah seperti dalam gambar di atas ye puan-puan. ada jugak cupcake yang terselamat.

esoknye, eija call aku demi menyatakan hajat beliau, didie dan jugak gygie untuk datang masa nikah. time tu la aku story kat eija tentang kisah sedih aku ni, memandangkan belaiu turut bersimpati dengan permasalahan yang aku hadapai waktu tu, beliau pon terus menyampaikan berita tersebut kepada didie dengan harapan didie dapat menyelesaikan (eija, aku saje cite kat kau sebab aku tau kau mesti bagitau didie. kalau aku nak cakap sendiri malu la, dah la dapat diskaun seploh hengget) bhahahaaa~

malam sebelum hari nikah didie meng'ofer'kan diri beliau untuk buatkan kek baru free of charge..aku ni bukan apa, tak sampai hati pulak nak menyusahkan orang (suci sungguh hati ni, hakhakhak ~ tuih) lagipon kek yang ada tu pon takde la parah sangat kecederaan rupa paras beliau. so aku mintak didie untuk deco balik kek tersebut :)



ni la rupa kek lepas di repair oleh didie dan kotak kek yang di deco oleh gygie :') terharunya dengan keprihatinan kawan-kawan ~ thanx eija, didie & gygie.



sayanggg diorang ketat-ketat :')





p/s : next week nak pegi kuantan, wedding didie :) yeayy didie pon dah nak kawen! selamat pengantin baru in advance didie!!