Posts

Showing posts from 2012

pengalaman bersalin

nakkk jugak cerita pasal pengalaman bersalin. hihihi..inilah detik-detik paling terindah sekali dalam hidup, first time pulak tu. mesti la nak ingat sampai hujung nyawa. kalau ammar dah besar nanti boleh baca blog mommy yeww ;p
kalau ikut tarikh jangkaan doktor, due date saya 11/12/12 awal berapa hari je. kesian suami berharap sangat anak lahir sama birthday dengan dia..hehehe ~
pengalaman saya ni kira advanture jugak la. mana taknya, kawan-kawan yang lebih kurang sama due date, senang je bersalin, turun tanda tak sampai sehari terus beranak. saya?? sampai empat hari tiga malam checkin kat hospital. first time jugak merasa masuk wad, tido lama-lama kat hospital -__-!
cerita bermula pada......(flashback) hewhewhew :D
6 Disember 2012 (Khamis)
6.00 pagi : suami kejut suruh siap nak pegi ofis (err memang suami yang selalu kejut pon, hikhik). bangun je terus rasa macam nak ter"cherryberry". sakit perut memulas-mulas. bagitau suami, beliau cadangkan supaya ambik mc je hari tu lagi…

Alhamdulillah

Image
MUHAMAD AMMAR ZAHIN BIN MOHD FUAD DOB 8 DISEMBER 2012 2.15 AM 3.32 KG 49 CM

selamat datang sayang :') 

p/s : rasa macam mimpi je bila dukung anak sendiri ~



9 month

erkkk, macam tak percaya je dah hampir masuk ke sembilan bulan. dupdapdupdap (kemain kuat bunyi jantung)
bakal mommies yang lain time-time macam ni dah bersenang lenang pikir nak beranak je. aku time-time macam ni tak pikir nak beranak lagi, yang aku dok pikir minggu depan ada kursus, minggu depan jugak ada program kerjaya student, minggu lagi satu ada seminar untuk student dan jugak pensyarah, bulan depan pulak ada lagi program kerja student T_T lepas tu nak menyiapkan laporan semua aktiviti yang dah dijalankan. memang tak ada masa nak pikir pasal beranak.
huhh, orang lain cakap pasal kita tak ada kerja. duit gaji kita ni pon dipertikaikan halal ke haram.tapiii, peduli apa aku, manusia mana yang berhak nak menentukan hukum halal ke haram! Allah yang tau apa yang kita buat, kannn~ jadi serahkan semuanya kepada Allah :) #hadapidengansenyuman
hari ni, diwaktu lunch ni disebabkan tak keluar ke mana-mana barulah ringan tangan nak mengoogle checklist barang-barang nak dibawak ke hospital …

3D Scan #2

Image
kau terindah masih ada yang tercantik itu kamu...... :')

p/s : #mommyloveyou



3D Scan

subhanallah, syukur alhamdulillah bila dapat tengok anugerah Allah yang dibawa ke hulu ke hilir hampir sembilan bulan :') kejap je. plus minus, sebulan lagi si kecik ni nak menjengah dunia. perasaan aku pulak dah tentu la teruja, takut, berdebar-debar. buatnya nak terberanak time kerja, haru jugak. suami kerja kat kl family pon kat kl. aku sensorang kat bangi. siapa nak hantar pegi spital bila dah turun tanda???
cuti awal?? memang tak la. banyak lagi benda yang nak diselesaikan sebelum cuti bersalin. bukan senang nak serahkan tugas pada orang lain. bak kata bos, orang lain mungkin tak tau apa kerja aku (ayat bos nak selesaikan konflik staf, harharhar) kalau dah selesai semua kerja aku rasanya baru aman kot aku nak berpantang nanti -__-
dari segi persiapan nak bawak ke spital pon aku tak prepare lagi. cane?? selalu aku tengok orang lain masuk tujuh bulan je dah eksaited kemain packing baju segala. aku?? dah masuk 8bln++ ni pon mood nak packing barang belum sampai lagi, macam belum…

7 month ++

Image
puas cari masa nak update blog. memang tak ada masa dah sekarang. asal ada je masa terluang sikit, time-time tu la bos panggil bagi kerja baru siap dengan deadline bila nak kena hantar u__u kalau seminggu dua tak apa, ini dua tiga hari lagi punya deadline baru nak bagi. iskkk!
hari ni baru rasa boleh bernafas dengan tenang, kerja semua dah selesai tinggal nak follow up je, hewhewhew :) ok, laju-laju update. jap lagi bos habis kuliah, jangan berangan la kau nak update blog segala.
dua hari lepas, selesai checkup untuk yang kesekian kali. entah dah kali keberapa pon aku tak tau, tak pernah kira pon sebenarnya. asal doktor set appointment je pegi, tak pegi kang dia cari aku sampai lubang cacing ;p
alhamdulillah, result MGTT aku hari tu sangat memberangsangkan. tak ada masalah diabetes. normal macam orang lain yang tak ada penyakit kencing manis. untuk checkup kali ni pon berat badan naik sejajar dengan kehendak doktor u__u iaitu sebanyak 1.4kg sahaja dalam masa sebulan. phewww..tak sia-…

MGTT

Image
seperti yang telah termaktub dalam entry lepas, di mana kegagalan mengawal berat badan di minggu kedoploh lapan telah menyebabkan diri ni terpaksa membuat appionment kali kedua untuk MGTT.
apa tu MGTT?? kalau ibu-ibu mengandung sebelum ni mesti dah tau. kan, kan.. untuk yang pertama kali macam aku ni harus la terpinga-pinga kejap. tak tau apa kejadah mentanag MGTT tu -__- terus laju-laju google cari info kesihatan masa pregnant.
MGTT, stand for Modified Glucose Tolerance Test. alaa senang cite dan mudah difahami orang panggil "minum air gula". apa nak suspen-suspen sangat pakai istilah sains bagai u__u selalunya, test ni untuk ibu-ibu yang ada sejarah diabetics dalam keluarga atau ibu-ibu yang pernah kena diabetes masa pregnant sebelum ni atau ibu-ibu yang pernah melahirkan baby besar. errr, aku tak de sejarah untuk semua faktor di atas.
faktor yang membuatkan aku terjebak untuk buat test ni disebabkan berat badan aku naik 5kg dalam masa sebulan..haaa, kau hado?? sejarah te…

Kawal Berat Badan

Image
masalah ke kalau ibu mengandung naik berat badan berkilo-kilo?? salah ke?? salah ke?? emotional tiba-tiba -__-
semalam pergi checkup. pergi sorang-sorang tanpa ditemani suami tercinta. pasrah sebab ofis masing-masing terpisah antara daerah. kesian nak paksa suami balik meredah panas terik. jadi isteri yang berperikemanusiaan tiba-tiba ;p
alkisahnya. sampai klinik, berebut parking, ambik nombor giliran, tinjau-tinjau seat kosong sebab ramai bapa-bapa mengandung yang perlukan seat dari ibu-ibu mengandung. emotional lagi. 
bila sampai giliran, pergi timbang berat badan dulu. terbeliak mata, naik lima kilo. biar betul?? gosok mata sepuluh kali, lap cermin mata sepuluh kali. angka tetap sama. nurse terkejut beruk jugak. timbang kali kedua, masih berat yang sama. nurse terus catat dalam buku. pasrah lagi. hewhewhew :| terus dikenakan diet rendah karbohidrat dan lebihkan protin serta sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
balik, bagitau suami. kena bebel lapanratuspatplohdua patah perkataan. m…

Raya 2012

Image
memandangkan perut aku tengah kekenyangan melantak segala juadah jamuan raya ukm kat dectar pagi tadi, mood nak menyelesaikan tugas pon tergendala sekejap gara-gara mencekik lemang kemain banyak sampai otak hilang fokus.
baru jamuan peringkat ukm, khamis ni jamuan peringkat fakulti pulak, minggu depan jamuan pejabat dekan. macam mana nak mengembalikan berat badan asal cmni?? senak perut -__- lepas dah beranak nanti pon kena pakai seluar maternity agaknya!
disebabkan malas nak buat kerja. aku upload la gamba raya hari tu. ingat nak kumpul dulu gambar dari satu syawal sampai ke doplohsembilan syawal. yela, aku kan puasa penuh doploh sembilan hari, haruslah raya pon sambut doplohsembilan hari ;p tapi, tak payah nak melampau sangat la kan.
ni jela gambar yang telah ditapis oleh lembaga penapisan dan disenaraikan untuk tontonan umum.  




cakkk!! kita pon ada baju raya tau..



amsyar malu-malu ;p gambar amsyar paling senang nak ambik sebab dia suka senyum. agaknya kak ngah aku masa pregnant du…