KL-Melaka-Johor-KL

dah dua minggu budak-budak degree masuk belaja. kira belum expired lagi la entry hari ni, sebab entry ni ada kaitan atau sama tarikh dengan budak-budak degree masuk mendaftar. percutian yang tak berapa nak dirancang sangat. mula-mula emak sorang je yang bercadang nak menghantar anak kesayangan beliau ke uitm melaka kampus bandar. last minit, habis semua anak beranak beserta cucu nak turut serta bagi sokongan padu pada adik merangkap anak merangkap makcik jugak supaya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada nusa bangsa *patriotik!*

memandangkan gambar terlalu banyak berkepuk-kepuk, sila la tatap sampai terjojol bijik mata, malas nak menaip sebab mata dah juling menatap gamba berdozen.


semua eksaited kemain walaupon sesat mencari tempat penginapan amy -.-'


afrina batrisyia


apsal sekarang space kete lembu makin mengecik?? doplohdua tahun yang lampau space kete lembu ni agak besar la jugak.


kemana tumpahnye kecantikan emak kalau tidak ke anak-anak..bhahahaa, rasa nak lempang diri sendiri lapanploh kali ;D


takhta paling selim telah dirampas oleh gadis yang tengah-tengah setelah manusia di kiri dan kanan berjaya menjadi pengusaha lemak seantero alam ;D


tak senonoh kuda padi ni. time orang dok sebok bergambar dengan dia, sesedap rasa je membuang air di khalayak ramai. haa kan dah kene tayang bebird kat sini ;D


memandangkan kuda ni kecik je, saya tak berani nak naik. takot kang tibe-tibe kuda ni mengamuk pulak tak larat nak menampung berat badan berlebihan -.-' kempunan nak lanyak kuda ni..


keadaan si gemok lepas naik kete lembu terus pengsan tak sedarkan diri akibat muntah berlebihan ;D


homestay tangkak. bajet pegi holiday. sanggup tuh tak tido rumah arwah atok. padahal jarak sekangkang kera je -.-'



kebuluran tahap maksima, nasib baik pak teh buat kenduri, dapat makan free..hihihi


tak cukup kat luar punye makanan, sesah kuih raya mak teh berbalang-balang. eh, eh lihat pinggang ku...rampingkan! effect berdiri sebelah kakak ipar yang 'selim melim' muahahaaa...



adore this cute little baby - khyra filzana. comel bangat!



adore jugak kat auni batrisya yang pandai pose! ngaku kalah bab-bab pose dengan beliau -.-'



khusyuk meneruskan sesi bergosip sambil mulut tak benti mengunyah. selagi tak balik, selagi tu melantak sepuas hati...eh sopan yang tengah tuh memerhati mak-mak dara melantak ;) heehee



ohhoo sangat patriotik okey!



tamat - eh belum lagi ni ada gamba-gamba hari terakhir. gamba yang penuh kasih sayang  berbunga-bunga harum bak kasturi. meh tengok nak kasi juling bijik mata lagi..heehee
















okey dah boleh tutup belog ni sekarang



bhaiiiiiii




p/s ; tak sabar nak tunggu next family vacation ;)