Carrot Cake

tibe-tibe mengidam nak makan carrot cake lepas rase carrot cake yang kak rose buat bulan lepas, sedap oOo :D ape lagi terus mintak resepi nak buat, konon-konon perasan carrot cake buatan tangan sendiri akan rase sedap setaraf carrot cake yang kak rose buat. heehee! takpe memang hobi saya suke mencuba sesuatu yang baru dan modified ikut sesuka hati =.=' kau berani?? haahaa! memang simple habis la nak buat kek ni, pejam mata pon bleh, haa yang ni tipu jangan pejam mata kang termasuk kulit telur pulak dalam tu. tapi memang senang la! jom tengok bahan-bahan nak buat, saya suke pakai ikut cup kalau yang timbang-timbang ni haremm tak reti :D

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
4 biji telur
3 cawan carrot yang diparut (dalam 2-3 batang carrot)
1 1/4 cawan minyak jagung/sayur (mane-mane jela)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan walnut cincang



ayak tepung, garam, baking powder dengan soda bikarbonat



pukul telur, minyak dengan gula sampai sebati lepas tu parut la carrot pulak.



masukkan carrot yang dah diparut tadi dengan walnut dalam tepung then kacau rata. lepas tu masukkan telur yang dah dipukul dengan minyak dan gula pulak. gaul lagi dan lagi :p dah siap gaul masuk pulak sume adunan yang dah dicampur tadi dalam loyang, sebelum tu jangan lupa panaskan oven okey! bakar dengan suhu 175C dalam 50 minit, cucuk kat tengah kek tu kalau nak tau dah masak ke belum.







-SEJAM KEMUDIAN-



TADAAAAAA!!!!!!
yeayyy, siap jugak carrot cake saya!





sile la cuba, senang dan simple je kan?!
heehee!


p/s --> credit to kak rose for this recipe