Lasagna Simple Mudah Cepat Sedap

mari main masak-masak bersama chef qilalalala :D main betul-betul gune dapur gas ye bukan main macam zaman hingusan pakai ranting kayu, daun kering, tin kosong dan sebagainye. sejak menginjak zaman kedewasaan ni dah tak main macam tu dah, masak-masak pastu buang. gile kau nak makan pasir, daun, batu segala =.= kali ni masak konfem boleh makan dan dijamin takkan keracunan. resepi ni tak berape nak asli sangat. ikut suke hati dan tahap kecerewetan tekak masing-masing okey! eh lupe nak bagitau menu ape. opkos la western food lagi. dah lupe ke cikqila ni tak mengaku lidah melayu. sile tampa laju-laju sekarang! =,=


BAHAN-BAHAN UNTUK LASAGNA CIK QILALALALA~
  1. lasagna (yang instant punye tak payah pre-cooking)
  2. mozzarella
  3. sos spagetti yang mix mushroom
  4. sos spagetti alfredo portobello (nak pakai carbonara, mushroom soup pon boleh jugak kan dah bagitau ini resepi ubah suai)
  5. bawang besar, bawang putih
  6. ayam/daging kisar
  7. ikut suke hati nak tambah ape!

CARA-CARA MASAK LASAGNA CIK QILALALALA~


macam biase tumis bawang putih, bawang besar
masukan ayam/daging kisar
lepas ayam/daging dah masak tuang alfredo potobello/sos pilihan hati korang
masak sampai kering sikit jangan kering sangat/terlalu berair



sambil-sambil tu bolehlah mencalit atau menyapu aluminium pakai buang ni dengan majerin
eh perlu ke tunjuk gambar sekali?!
=.=


lepas tu tuang sikit sos alfredo tadi kat dalam bekas
lapiskan dengan lasagna
letak sos alfredo
atas sos alfredo tu letak sos spagetti
lapiskan lagi dengan lasagna
ulang balik step tiga, empat dengan lima ikut kapasiti bekas korang
jangan la tamak sangat sampai penuh bekas tu korang buat
last skali taburkan mozzarella, yummmy!! :)



bakar selama 20 minit, suhu 180 darjah celcius
nak tau dah masak ke belum cucuk kat tengah2 lasagna tu okey!
kalau keras belum masak la tu


bhaiii~